Monday, December 27, 2010

:)

Ye, bila hati dah terikat kerana Allah... inshaAllah jalinannya takkan mudah putus, takkan cepat terlerai, dan simpulannya seerat urwatul wusko (tali yang sangat kuat dan kukuh). Moga takdir ini untuk kita, ya habibi. :')

All the best for your upcoming, exam! Kita doa dari sini, lastik pergi sana. Okay?

***
Asfour Crystal, Cairo.

Eid Milad yang terlewat untuk sepupu saya yang sebaya tapi manjanya lebih dari saya (eh iya ke?). Tak aci. Orang lain dah lama 19 tahun. Huh. Tapi kesian jugak lah, he he. Lagi lima hari, bila masuk tahun baru, awak dah 20 tahun dah :p Kiranya 19 tahun cuma untuk lima hari. Hah.

***
Alexandria. Dah rasa betul macam ninja ni dengan hitam segala.

Dah berjaya namakan rumah kitorang, hihi. Baiti, jannati bita'tunna ni dinamakan "Beyt Mahal". Terpulang nak didefinisikan bagaimana. Mumtaz Mahal yang dibinakan untuknya Taj Mahal tu ke. Di Tagalog-kan menjadi cinta ke. Ataupun mahal as in mahal. Expensive. :)

Kalau orang tanya, kenapa pilih letak Mahal... jawabnya; Ehhh, kitorang mahal plakkk. :p Mahu tak kena sekeh sorang sorang? Huk huk huk. Tapi ni serius ni. Sikitpun tak main-main.

***
Terbaca status seorang sahabat. Allah. Sekejap saya tuliskan kat sini. Baca dengan nada tenang, please? :)

mengharapkan seorang lelaki dan perempuan untuk bersahabat baik tetapi tidak melakukan maksiat kepada Allah adalah seperti meletakkan seekor monyet dan seikat pisang dalam satu kandang dan mengharapkan monyet itu tak makan pisang tersebut.

Ternganga sekejap saya membacanya. Anologi yang saya kira tepat, pedas dan mengena. Shukran, dear!

7 comments:

hafizulkifli said...

good anology.
kita sentiasa ingin mencari alasan utk "menghalalkan" perbuatan kita. tanpa kita sedari sbnarnya kita telah meng-ilah kan Allah.

syauqah wardah said...

hafiz :)

kan? tapi kasar pun ada jugak ni, huhu.

Farah said...

Suka analogi itu . Tembak terus ke hati ini .

afifaa. said...

kasar pn xpe nuha. sebab point dia menusuk ke jantung hati. :)

syauqah wardah said...

farah & afifaa

Alhamdulillah. :)

banyak pahala orang yang come up with the words. hee.

hafizulkifli said...

baru ingat nk copy paste je analogy tu pastu tetiba kluar pup up... haha

syauqah wardah said...

hahahaah. adoi. dia suruh hafiz tulis balik satu² tuuu. tak bagi copy camtu jeee :p

hahhaha