Wednesday, November 10, 2010

maaf, lah. masih membebel.


Rasminya, cuti untuk Hari Raya Aidil Adha bermula hari ini selama seminggu. I could simply treat this holidays as an escapade for the preparation of 'mental war' of mid sem exam last Sunday. Walaupun lepas habis exam je semedang satu hari menghadap internet -.-"

Cadangnya cuti yang seminggu ni mahu dihabiskan dengan berjaulah ke tanah Iskandariah. *teruja. InsyaAllah, akan berjumpa dengan sahabat yang dah berkawan dengannya sejak dari darjah 4 lagi membawa ke saat ini, antara sahabat yang paling banyak pegang rahsia tentang hati saya. :')

Bie, do wait for me oke? insyaAllah tak ada aral tiba lah kami nanti. Can't wait to see you after one month we both arrived here in Egypt! ♥

Oyya, tak sempat nak bercuakan sesama rakan berdebar memikirkan apakah result yang bakal diterima, Isnin dah tertampal resultnya berdekatan dengan Syu'un Tullab. Pergh, dah maju hangpa (egyptian) semua naa? Heh.

Tuhan, takdirMu kali ini aku terima dengan berlapang dada.
.
.
Jadi terfikir tiba-tiba. Kenapa, kadang-kadang, orang yang paling kita sayang, adalah orang yang paling susah untuk disayang?

Apa mungkin kerana dia tahu kita sayangkan dia, makanya dia tak perlu khuatir untuk lakukan apa-apa? Kerana dia tahu kalau adanya kesalahan dia, walau seteruk mana, walau sehebat mana, kita tetap akan memaafkan? Hanya kerana dia tahu kita teramat sayangkan dia? Begitu?

Aku jadi hampir hilang bahasa mahu 'membahasakan' makhluk Tuhan yang seorang ini.
.
.
Sebetulnya, bila seseorang itu dah terkena, dia akan belajar dari kesilapan lalu, kan? Kalau seseorang itu tergelincir teruk di lantai yang licin, lain kalinya, bila ternampak sisaan air di lantai, dia akan lebih berhati-hati untuk memijak, kan? Bilamana seseorang itu ditipu dengan hebatnya, lain waktu, dia tidak akan bulat-bulat terus percaya, kan?

Siapa saja yang membiarkan sesuatu yang buruk berlaku pada dirinya dua kali...? Makanya, saya mohon pada kamu, jantung hati saya; bacakan ini berulang kali dan moga Allah lindungi kita semua dari yang namanya putus asa dan alpa.

2 comments:

nottingham said...

nuha, cantik gambar tu. auntie suka tengok ! cuti panjang nanti, datanglah jenguk auntie kat uk ni! tidur rumah auntie je

nhmnrh said...

auntieeeee. hehe. dh naik tahun 2 baru sempat nk jalan prgi pyramid T___T hihi.

jenguk auntie kat uk? hehe. would love too!! insyaAllah dalam winter break la kot kalau nk jalan ke sana. tp tk tau winter break tahun berapa lagi, hihi.

thankyou so much fr the offer, auntie! really appreciate it. ♥