Saturday, November 13, 2010

ketika dinihari.

Terbaca entah di mana... yang kalau di musim sejuk (yang bakal hampir) untuk yang di balik dunia ini, bagaikan musim bunga yang indah mekar bagi hamba Allah yang mu'min.

*tersenyum* Kerana apa?

Panjangnya malam musim sejuk, maka dia bangun dari lena yang memutuskan hubungan roh dari jasad, lalu mendirikan qiyamullail; tanda kerinduannya bermunajat pada Ilahi.

Singkatnya siang musim sejuk, maka dia menahan nafsu dari waktu pamernya matahari yang sekejap cuma, lalu berpuasa; tanda kecintaannya pada sunnah nabi.

:) Allah, terasa terngiang-ngiang bait kata-kata ini.

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
Kecuali dengan patuh kepada-Mu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan keampunan-Mu

:')

4 comments:

twinkle twinkle said...

suke lagu tu :D

.kid. said...

subhanallah..


patutlah haritu ustad ada cakap, para sahabat suka musim sejuk..
tapi masa tu dia tak sempat nak terangkan kenapa..

aliaaroslan said...

panjang waktu malam, lama lagi tempoh kita nak berqiamullail.

aisya said...

saya pn suka waktu malam..paling tenang.....