Friday, November 5, 2010

Ini untuk kita.

Yang jiwanya sedang lagi kacau, yang rasanya sedang ranap, yang hatinya lagi sedang berantakan. Ya, ini untuk kita. Moga kamu turut dapat merasa, betapa 'runtuh'nya gadis ini untuk terus berlari di sini.


Oraklah senyuman,
Biar betapa lelah longlai jasad terasa,
Biar betapa jemari menggigil kencang,
Biar betapa nafas menderu sesak mengah,
Biar betapa hati jadi jerih dalam pedih,
Biar betapa mata lemah deras berkaca.
Tetaplah kau ukirkan,
Seadanya apa senyuman,
Agar sembunyi seketika segala gundah resah,
Di kala dada terasa bagai mahu pecah.


" Kuat, lah sayang. Bertahan. "

" Walau betapa keruh air di hulu, mungkin juga akan jernih di muara. "

" If you can't run, walk. If you can't walk, crawl. You glide, you hop, you roll, whatever it takes. You can't stop. By all means, you just have to keep moving! "

*lagi sedang memujuk*

Baik. Baik. Sedang gigih menampal luka-luka lah ni. Saya takkan putus harapan biarpun terpadam semua lilin cinta, iman dan damai dalam dunia. Lilin yang satu ini, saya akan jaga sehabis nyawa.

6 comments:

.kid. said...

salam nuha :)

jazakillah khair...:D
semangat sket dah

Nurulhana2000 said...

Hang in there sayang. You have all the support you can get to keep on moving dear. I love U.

twinkle twinkle said...

kite mmg kene kuat :)

tepianmuara said...

baru kelmarin layan sungguh-sungguh lagu ni.



moga dikuatkan kita semua.

nhmnrh said...

kid

wsalam. aduh, nuha tak buat apa pun. cuma lagi sedang memujuk diri.

:)

umi

i will, i will insyaAllah. :') loveyou too!!!

nhmnrh said...

twinkle²

sangat.

:')

tepian muara

hah. lagu ni memang ada aura sendiri. lagi² yang bahagian chorus.

terima kasih untuk doanya. barakallhu fik.