Thursday, November 18, 2010

Diari Korban.

Jujurnya, yang sedang menulis ni masih jauh untuk kenal erti pengorbanan yang sebetulnya. Apa belajar jauh dari Tanah Melayu ini, berjauhan dengan keluarga dan sahabat tersayang ini; namanya pengorbanan?

Pengorbanan rasa, pengorbanan tenaga, pengorbanan kewangan. Semua semua ini. Apa makin dekat atau makin jauh dari 'pengorbanan' yang dulu kala?
.
.

Raya Aidil Adha kedua tanpa keluarga yang menemani bersolat sunat raya berjemaah. Takbir raya tanpa alunan lagu seperti di Malaysia, entah kenapa hati jadi kurang sayu. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Abang Mu'az (yang juga ketua segala musyrif) beraksi.

Melihatkan lelaki-lelaki yang lincah 'menundukkan' binatang yang bakal dikorbankan, kami yang gadis-gadis ni jadi terfikir sesuatu.

Lelaki; yang pakaiannya tak terkena darah hasil sembelihan atau paling kurang tangannya tak memerah dek darah, dia bukan 'lelaki'.

Hah.

Sambutan Aidil Adha di Istad Gam'ah tadi... yang pentingnya makan hidangan dan bergambar. Alhamdulillah, mission accomplished! ;) Notice: Pictures were blurred on purpose yea.

Bersama adik-adik usrah saya, yang kiri Ada dan yang kanan Fida. ♥

Ukhuwwah fillah abadan abada, inshaAllah. ♥ Biiznillah, tentunya.

Menyelit: Err, kamu yang berjubah biru. Jangan bagi mata kita bertemu lagi, jangan cari saya dalam ramai walau sekali. Tolong? :( Hati saya boleh berderai kalau terusan begini.

7 comments:

aishah_conteng_je said...

ehemm...nampak dah yang berjubah biru di fb. hik hik


Nuhaaaa...tenkiu sangat 'jumpakan' kak tasnim. apa khabar dia ek?

nhmnrh said...

kakakkkkkkk, si jubah biru tak ada di fb tuuuu. hampir nak berhenti jantung baca ayat kakak, hihi.

gelabah nuha buka fb tadi mencari. T___T

Allah, kak. ini pun jumpa kak tasnim sebab jamuan raya. kalau tidak, memang payah nak berjumpa. kak tasnim baik, iAllah.

dia cakap jugak yg haritu balik cuti tak sempat pun nak jumpa dengan kakak.

munira said...

salam,nuha,pinjam quote ni:
Lelaki; yang pakaiannya tak terkena darah hasil sembelihan atau paling kurang tangannya tak memerah dek darah, dia bukan 'lelaki'.

boleh?

nhmnrh said...

wsalam. ohoh, boleh je iAllah, kalau digunakan untuk kebaikan.

sebab ini ayat gurauan kasar, atau bahasa mudahnya perli. takut ada yang terasa.

:)

munira said...

ahaa. :D
thanx :))

nhmnrh said...

welcome je ;)

Husna said...

eh husna baru tahu yang sembelih unta dekat bawah, ingatkan dekat atas tu mcm lembu. lupa pulak yang unta kepala dia panjang. hik :D