Saturday, October 2, 2010

terasa hendak menangis.

Tak tahu nak mulakan dari mana. Sekejap ya.
.
.

Okay dah. Kamu tak salah baca title tu. Memang terasa hendak menitiskan air mata sesungai dua. Tiga empat pun boleh, pun boleh. Selaut...? Err, nanti fikir dulu.

Allah. Allah. Allah. Allah yang sangat baik pada Nuha. :')

Alhamdulillah, sudah selamat sampai ke tanah Mansoura semalam, pukul 10.30pagi waktu tempatan yang kalau di convert menjadi pukul 3.30petang waktu Malaysia. Dan sehingga ke saat ini, tuan punya badan sihat-sihat saja malah sedang bersenang hati kat sini, hihi.

Sungguh, semuanya yang berlaku pada tarikh 29hb sept dan 30hb sept tu semuanya, segalanya Allah yang permudahkan. Allah mudahkan sangat. :')

  • Kak Aishah singgah ke rumah lewat petang, sebelum saya berangkat pada malamnya. Allah. Perasaan melihat Kak Aishah untuk pertama kalinya... takkan dapat pernah lupa sampai bila-bila insyaAllah. Terima kasih, kakak sayang. Nuha sayang kakak sangat! ♥ :')

  • Ke KLIA bertiga, bersama umi dan abah tanpa adik-adik kerana esoknya mereka perlu bersekolah. Aih, lepas solat Maghrib dada dah rasa sesak sikit. Sebak! Masa ni dah terbayang akan menitiskan air mata bergelen-gelen di lapangan terbang.

    Entah kekuatan apa yang Tuhan pinjamkan, aku melangkah meninggalkan umi dan abah sambil melambai dengan senyuman. Mungkin berkat surah Ar-Rahman yang dibaca sebelum bertolak walaupun mulanya ada kupu-kupu dalam perut. :')

  • Mulanya memang sangka akan ke terminal Gate C sendirian melilau tanpa teman. Tapi alhamdulillah, Allah hantarkan seorang kakak tahun lima Mansoura yang aku tak pernah kenal tapi terus mesra bila berbual berdua di aerotrain; Kak Mazliana.

    Apalagi, ke mana-mana pun berkepit saja berdua dengan Kak Maz. Terima kasih, kak. Layan bebelan Nuha yang semacam tak boleh berhenti, hihi.

  • Bila dah masuk dalam kapal terbang, kerusi di sebelah yang aku memang risau kepunyaan entah siapa, menjadi hilang bila kerusi yang sepatutnya jadi milik seorang lelaki Mesir, ditukar dengan Kak Naquia, senior tahun empat Mansurah.

    Semuanya kerana yang lelaki Mesir tu mahu duduk sekali dengan kawannya. Dan akhirnya, kak Quia yang selama ni aku hanya mampu pandang dari jauh bila bertembung di universiti, jadi teman berbual sepanjang 10 jam perjalanan, :')

  • Kerisauan paling utama, setibanya di Cairo Airport, menunggu musyrif yang kakak usrah carikan. Punya lah berdebar memikirkan kena balik bertiga dengan musyrif yang bawa lagi seorang rakan dia yang entah siapa. Dengan rasa segannya, malunya. Aihh.

    Entah macam mana, Allah permudahkan lagi bila musyrif yang ambil Kak Mazliana untuk ke Mansoura rupa-rupanya musyrif yang sama dengan yang kakak usrah carikan. Ya Allah haiii, tak tahulah nak gambarkan rasa lega tu macam mana. :')
Rasanya kalau nak disenaraikan semua macam akan bertukar jadi senarai kesyukuran sekali lagi. Maka cukuplah kalau aku katakan syukur lillah ala kulli hal. Terasa tak berpijak di tanah dengan semua kebaikan yang Allah bagikan.

:')

4 comments:

twinkle twinkle said...

alhmdulillah,,semuanya dipemudahkan..seronok nya;]

FiNa said...

Slm nuha....
kite pon tak tahu kenapa.. tetiba tersayang nuha... huhu

nuha, cerita lah pulak, macam mane keadaan kat dlm kapal terbang?? yela, kan waktu Malaysia n Eqypt laen...

Nurulhana2000 said...

Alhamdulillah, semoga Allah terus limpahkan rahmat dan inayahNya dan dimurahkan rezeki kepada semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mempermudahkan perjalanan anak umi kembali meneruskan perjuangan menimba ilmu di rantauan.

nhmnrh said...

twinkle²

heee, alhamdulillah :'D org yg Allah permudahkan jalannya ni pun seronok sangattttt.

heh heh.

fina

wsalam. :) tersayang nuha...? kenapa ni? nuha buat something ke? huhu.

keadaan dalam flight? err, rasanya biasa je, tk ada apa yg menarik pun, huhu. tidur makan tiduurrrrrrrrr bangun makann sampai :D hihihi

umi

:')

thank you miiiii ♥