Tuesday, October 12, 2010

keajaiban milik Ilahi.

Tadi, selepas bersolat Maghrib, aku capai al Quran dari side table macam biasa, dan buka muka surat yang ditanda. Aih, terubat rindu pada kalam milik Ilahi, *senyum nipis. Baca dan baca, aku makin tenggelam dengan keindahannya.

Dan tiba-tiba jadi tergerak untuk membaca terjemahan ayat yang sedang aku alunkan. Entah kenapa rasa terkedu sekejap. Seolah-olah Allah sedang betul-betul menegur dengan lembut, hambaNya yang masih hina ni.

:')
.
.
(Allah) berfirman, "Maka turunlah kamu darinya (syurga); kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina."

(Iblis) menjawab, "Berilah aku penangguhan waktu, sampai hari mereka dibangkitkan."

(Allah) berfirman, "Benar, kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu."

(Iblis) menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."

(Allah) berfirman, "Keluarlah kamu dari sana (syurga) dalam keadaan terhina dan terusir! Sesungguhnya barangsiapa antara mereka ada yang mengikutimu, pasti akan Aku isi neraka Jahanam dengan kamu semua."

-Surah al-A'raf, ayat 13-18.

Allah.

Sesungguhnya Kau
memang Maha Mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam diri ini, kan? Jauh ke dalam. Aku tahu Kau sentiasa mengetahui, ya Khaliqi.

Aku tahu, tapi hambaMu ini tetap masih begini.
Allah.
Aku rindukan Kamu.

P/s: Maaf, aku tahu aku tak layak untuk sisipkan apa-apa.

No comments: