Monday, October 18, 2010

Aamir El Deen.

Assalamualaikum.

Entah kenapa kali ni terasa macam nak kenalkan kamu pada seseorang, dengan spesifikasi, bukan secara rambang.

Aamir El Deen saya. Okay, bekas. Heh.
*Macam kena pangkah ‘saya’ tu tapi biarlah. Untuk kali terakhir, izinkan saya ya?

Pernah tak... kamu jadi suka pada seseorang tanpa lihat wajah dia, tanpa kenal dia luar dalam, tanpa tahu asalnya dia dari mana, perangainya semacam apa? Paling tragis, kamu jatuh suka pada dia, yang entah siapa-siapa.

Okay senang kata kamu jatuh hati secara dalam maya. Hah. Siapa pernah, pergi mengaku diam-diam dalam hati,cuma jangan tipu diri sendiri. :)

Aamir El Deen ini, aku sukakan dia kerana agama yang ada padanya. Kerana cara dia tunjukkan sekeping hati miliknya, melalui mainan tulisan kata-kata yang penuh hikmah dan fikrah Tuhan. Sungguh, dia tak perlu untuk buka mulut untuk buat para gadis menyimpan rasa.

Dan aku gelarkan dia Putera Agama. Aamir El Deen.

Dia bukan anak Pak Imam. Dia tak berkopiah, bersongkok setiap masa. Dia masih kurang di sana dan sini (seperti aku) tapi aku tahu dia sedang mencuba, sedaya upaya. Sehabis azam, tekad dan keringat.

Dan aku mendoakan dari jauh untuk dia, :)

Serius, aku tak pernah mahu untuk dia kenal siapa aku. Kalau boleh, biar jangan dia tahu langsung kalau wujud seorang gadis bernama Nuha Muneerah ini. Biar aku diam-diam saja menulis rahsia hati.

Dan aku sendiri tak mahu kenal dia lebih dalam. Tak senang. Berjerih aku menahan diri. Aku mahu dia jadi lelaki misteri yang cukup lah menemani aku dengan tulisannya. Aku tak mahu tahu macam mana rupanya, dan maklumat lainnya.

Kerana untuk pertama kali, aku jatuh suka pada seseorang kerana agamanya... *senyum simpul.

Cukuplah untuk awak tahu, kalau saya sedang mencuba untuk tak mahu kenal awak. Yang kali ini, kalau awak jodoh saya, saya serahkan pada Tuhan.

:)
Antara kata-kata yang aku pernah nukilkan untuk dia.

Kita cuma merancang dan berharap, kan? Dia akhirnya tahu kalau wujudnya gadis yang sedang menulis ini di sini. Dan kalaulah kalian tahu saat itu tahap tak tentu arah aku skala berapa... *menggigil*

Dan pada saat aku menulis ini, aku sudah tidak mengharapkan apa-apa dari Aamir El Deen tu. Sudah tak terlalu punya rasa pada dia. Dan beruntunglah kamu yang akan menetap di hatinya.

Pertamanya, aku sedar kalau aku tu seorang gadis yang takkan pernah layak untuk sesiapa. :) Kedua, dengarnya ada gadis yang hebat sedang diusahakannya. Merancang untuk menikah, barangkali. Dan aku, ikut bertepuk tangan meski hati...

*senyuman yang paling sukar untuk aku ukir.

Oh, aku tak apa-apa. :) Dia juga akan baca tulisan ini, tapi dia takkan pernah tahu kalau yang aku sedang katakan ini, tentang dia. InsyaAllah.

Aamir El Deen, saya doakan yang baik-baik untuk kamu. Teruskan berjuang, saya titipkan layangan dari tepian, kerana yang menyokong kamu dari belakang tu, ada gadis lain insyaAllah.

:)

7 comments:

shadah..♥ said...

nuha...
ku bru tahu mane ko dpt name blogmu.
dr akai ito kn???
to myself of tomorrow...

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

wuaaa...sedihnyeee...
xpe2..kalau jodoh xke mana kan dear:)?

nhmnrh said...

inda

tau pun! hahah.
baru habis tengok ke? punyalah dah lama ambik dari aku dulu.
haih.

tak memasal. :p

nau

tk ada yang sedih, nau :') gadis tu lebih layak tentunya. i knw myself better than anyone else.

kita takkan pernah layak untuk dia. huhu, :')

thank you so much fr the soothing words! ♥ doakan nuha kuat ya?

aishah_conteng_je said...

err....
Nuha, baca yang ini jadi rindu la.

baru nak komen, padahal dah baca awal2

:)

nhmnrh said...

kakak rindu pada siapa tu? ;)

Allah, kakak komen pun dah rasa terapung nyawa! teeheehee.

yeppeo said...

dun worry.. insyaAllah satu hari nnti aamir el deen awk a.k.a jodoh awk akan datang jugak kepada awk.. =D

shadah..♥ said...

hehehehe.
yup. aku bru abis tgk.
ak bru abis tgk liar game.
cite tu best giler!