Wednesday, September 22, 2010

yang tujuh hari lagi ini.

Anak saudara yang keletahnya bukan main; Iris Sabrina.

Tinggal betul-betul seminggu nak berpergian. Tinggal betul-betul seminggu untuk kembali ke pangkuan bumi mesir (ececeh mesti tanah mesir dah kembang kembang sekarang). Dan masih ramai yang suka tanyakan tentang perasaan nak meninggalkan. Hmm.

Jujurnya, yang kali ini perasaannya lebih reda dari tahun yang lepas. Mungkin sebab dah tahu apa yang nak dijangkakan. :)

Tapi kalau nak kata teruja sangat macam agak melampau la pulak kan, -.-" hihi. Rasa bersemangat tu ada sebab tak sabar nak kembali penuhkan otak dengan ilmu istilah perubatan dan insyaAllah, akan teruskan misi memburu gelaran Mumtazah.

Mohon dilayangkan doa selalu ye? Jazakillah.

Barang untuk dibeli alhamdulillah 85% dah selesai. Tuhan yang mudahkan. :) Cumanya yang dah dikemas masuk beg baru 65% je huh huh. Tapi insyaAllah, beg akan makin berisi hari demi hari, ha ha. Harapnya jangan exceed 40kgs sudah.

Akan rindu suasana Tanah Melayu lagi. Akan rindu nak mentengok wajah Malaysians bersepah di sana sini (erk). Akan kembali berkirim salam pada udara Malaysia pada sesiapa yang pulang bercuti. Akan kembali memegang status anak perantau.

Err, akan kembali mengalirkan air mata setiap kali teringatkan keluarga mungkin? Heh. Yang kali ini, semoga Allah mudahkan macam selalu, redhakan macam selalu. InsyaAllah, :)

Salah satu daripada sembilan ekor kucing di rumah. Gapodio nama diberi, jangan ditanya kenapa sebab kami ni tak ada pun susur galur Kelantan di mana-mana. Err, sesiapa yang dah terbacakan status saya berkenaan si manja ni di Facebook tadi, mintak tolong layangkan doa kamu ya?

Tolong...? *mencebik*

P/s: Alhamdulillah. Terima kasih, Tuhan. Tak sangka boleh berbual dengan dia tanpa rasa sakit di hati. Indahnya perancangan Ilahi, :)

8 comments:

-hazen said...

eh? sama lah kita.

entah2 naik kuwait jugak?

=p

nhmnrh said...

kira tuang kelas la ni? :p err, how i wish i could say yes to ur question but sadly, no.

egypt air pilihan di hati. flight pkul berapa?

ふあなチン said...

ADA 9 KUCING??? jelesnyaaaa T.T

btw nak tanya, nuha faham tak penulisan in bahasa indonesia? hee

Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi said...

sabor eh nuha.Gapodio mesti sehat insyaAllah..*wait.Gapodio?? haha.
nice2.

nhmnrh said...

fna

ha ah ada 9 heee. :D

bahasa indonesia? faham jugak hihi sbb minat. haritu ada beli tulisan habiburrahman: atas sejadah cinta. belum baca lagi tp review smua ckp mantap!

hihi.

zaki

terima kasih sgt fr the support ye. insyaAllah insyaAllah Gapodio kuatt mcm tuan dia (which is my brother he he).

kucing nuha semua nama boleh tahan pelik la. ada gembogembo, demolani, prince caspian, stein (dah mati T__T), tigger, rayyan & so on. huhu.

aishah_conteng_je said...

kakak baca status fesbuk kamu. mula2 tak faham. tapi siapa yang terlanggar?


nuha. sedangkan kamu dekat pun rindu. kalau kamu jauh?

nhmnrh said...

kak, kucing yg dalam gambar tu :'( nuha terlanggar masa nk undur kereta :'( sedih sangattt sbb Gapodio ni mmg manja dgn nuha :'(

btw kakkkkkk, itu ayat killer namanyaaa :(( hukhukhuk

Att Ashburn said...

sy doakan gapodio selamat. saya pun pernah kucing accident. meleleh- leleh la jugak air mata hehe