Friday, September 24, 2010

teman berqiamullail di akhir Ramadhan.

Assalamualaikum, sayang saya. :)
Terima kasih untuk kata-kata yang manis.
Tahu tak...?
Indahnya ukhuwah tu bila selalu bertemu takkan terasa jemu.
Makanya silalah tahu berapa banyak kali kita berjumpa pun kerinduan saya pada kehadiran awak tak pernah padam. *segan sekejap.
.
.
Kita sama-sama bertuah kerna ada masing-masing okay?
Selepas ni kita berdua akan kembali jauh, demi mengejar cita-cita, demi menggapai impian mendidik jiwa jasad yang kesakitan, dan demi menuntut ilmu milik Ilahi.
Saya doakan sayang saya sentiasa ada dalam lingkungan keredhaan-Nya.

Terasa rindu nak berqiam bersama di Masjid Negeri lagi.
Apa awak juga rasakan yang sama?
Moga kita diberi kesempatan lagi untuk berdua, biiznillah.

Aku mencintai kamu kerana Allah, juga kerana rasa cintamu kepada Ilahi. Jika dihilangkan rasa itu, mungkin akan hilang juga rasa cintaku untuk dirimu.
:')

P/s: Err, maaf ya. Tak ada niat nak mengugut pun :( InsyaAllah, jatuh bangun awak saya tetap akan ada di sini, menemani.

1 comment:

hanna/fana said...

bila dah bertemu tu, rasa susah nak berpisah
lagi - lagi bila kita berbual tentang 'Cinta' rasanya nak sampai selama - lamanya :)
serious xkn jemu :D