Friday, September 10, 2010

syawal pertama.

Si kecik comel ni buatkan saya berpangkat jadi makcik saudara. Terima kasih banyak banyak ye Iris Sabrina!

Aunty sayang awak, tahuuuuu. ♥

Iris yang selama ni jadi anak saudara yang paling susah nak didekati tiba-tiba jadi terlebih ramah. Alhamdulillah, shukran ya Rabb. :)

Bukan setakat merapatkan diri pada aunty dia ni, siap boleh peluk lagi (Iris peluk aunty kuat sangat sampai aunty jatuh terduduk atas lantai sebab hilang imbangan T___T). Tapi tak apa demi anak buah yang seorang ni, semua pun tak apa.

Am not being bias at all, thank you. Semua anak saudara pun aunty sayang, hihi.
.
.

Ke kubur arwah atuk dan moyang lelaki; ternampak seorang sahabat yang saya pernah rapat satu masa dulu. Ah, serius rindu masa lalu. Awak baik-baik saja kan...? You've gone through a lot.

Kita doa dari jauh, insyaAllah biar semua pun Allah mudahkan untuk awak. :)

Ke kedai mengambil gambar keluarga, terserempak dengan kawan sepengawas dulu, H. Mulanya nak dibuat macam tak nampak dan sekadar berbalas senyum tanda acknowledge each other saja.

Tapi awak tegur saya. Terima kasih sebab sudi bertanya khabar dan bertukar cerita. If you happen to read this, err, maaf kalau nampak macam saya layan awak acuh tak acuh lepas tu pergi macam tu je tanpa kata "mintak diri dulu ye" padahal awak sentiasa baik dengan saya dulu.

Cuma saya dah makin tak biasa dengan yang namanya lelaki. Maaf sekali lagi kalau awak terasa. Dahlah pagi raya pulak tu. Maaf, ya!

2 comments:

aishah_conteng_je said...

selamat menyambut aidilfitri Nuha. semoga momentum Ramadhan berkekalan

:)

Noi❤AnL said...

Selamat Menyambut Hari Raya jugak Nuha. :):)
Maaf Zahir Batin.

Here is my new blog.