Wednesday, September 29, 2010

selamat, sayang.

Wajah-wajah ini akan ditinggalkan sementara demi mengejar yang namanya cita-cita. :') Terima kasih, Ilahi untuk kesempatan tiga bulan kembali ke tanah air, dikelilingi jasad-jasad yang aku sayangi.

Untuk Tanah Melayu yang kini bernama Malaysia, terima kasih sudi membiarkan aku kembali mengumpul kekuatan dan semangat untuk dibawa berjuang di bumi Mesir.

Untuk sahabat-sahabat yang sanggup menemani hari-hari jatuh bangunnya aku di sini, hanya Allah Taala saja yang mampu membalas segala kebaikan kalian. Jazakallah ala kulli hal, ya sodiqati.

Terima kasih kerana sudi mendengar sahabatmu yang seorang ni membebel tentang perasaannya pada Ilahi. :')

Sehingga waktu yang bakal diizin Tuhan sekali lagi, salam sayang buat keluarga yang sentiasa dikasihi, buat sahabat fillah yang jarak bakal memisahkan kita, buat tahah air yang udaranya bakal aku rindu untuk menghirupnya.

:)

Moga Allag redha sepanjang tiga bulan aku berada di Malaysia.

P/s: InsyaAllah tulisan-tulisan yang akan datang, aku akan kembali menulis dari bumi Mesir, :) Moga semua urusan dipermudah Tuhan. Ameen ameen ya Rabb.

No comments: