Friday, September 17, 2010

percaya pada "forever"...?

Bila kita punya perasaan pada seseorang, boleh jadi sampai satu tahap, kadang-kadang kita rasa macam kita dah jumpa "the one". The one whom we want to spend our life with. Get married, raising kids together, susah senang bersama, hidup ke akhir usia berdua.

Pernah rasa macam tu tak?
Like you can see your future with him or her in it. And we tend to think that the relationship will lasts forever. Happily ever after.

Ada tak yang tak percaya pada "selamanya"...? Pada aku, kalau yang namanya bukan akhirat dan tak ada kaitan dengan Allah Taala, "selamanya" tak pernah wujud. Dari celah apa pun.

:)

Sesetengah orang bercinta, tapi tak dapat nak membayangkan masa depan mereka berdua macam mana. Ada jugak yang bercinta bagai nak rak, siap dah namakan anak segala, tapi putus tengah jalan tanpa tanda. Ada je yang bercinta dengan si A, tapi tup tup bila diajak menikah tak mahu tapi berkahwin pula dengan si B.

Too much for the cliche is it...?

My point is, I've been there, pada saat yang kalau kita rasakan orang yang kita simpankan perasaan padanya tu mewakili "segalanya", dialah "dunia", dialah "syurga". Malah kadang-kadang melebihi kegebuan rasa pada diri sendiri.

Kalau ditanya pada aku sekarang; jawabnya, "Sudah sudah lah tu sayang". *senyum nipis.

Lelaki atau perempuan semacam apakah kamu yang rela menghumban orang yang kamu sayangi sepenuh hati dan berikrar mahu sehidup semati tu ke lembah neraka...? Hanya semata-mata kerana indahnya rasa dilamun cinta dan berkasih berdua?

Sekali lagi izinkan saya untuk katakan, "Sudah sudah lah tu sayang". *senyum lagi.

Ketahuilah, betapakah banyak hati-hati yang mekar dengan perasaan cinta yang amat berat dan sarat, dan kerana merasakan itulah tanda cinta Ilahi, lantas dipelihara hati itu sedaya upaya.

Ditahankan perasaan yang membara di dada, ditangisi waktu-waktu sukar tatkala cinta itu benar-benar menggegar jiwa dan membungakan rindu yang nyata. Namun kerana besarnya cita-cita untuk meraih redha-Nya, lantas dihadapi semuanya dengan penuh kesabaran yang mulia.

:)

P/s: Terasa rindu dengan jodoh yang sudah ditetapkan Allah untuk diri ni. Errr, siapa pun awak, jaga diri jaga hati dan jaga iman ya. *senyum manis.

10 comments:

Farah said...

Ya ALLAH , suka entry ini :)

soffea said...

saya suka ini ;)

and pesanan di "p/s" itu..

ya. cinta kepada Allah itu yg kekal abadi ;)

Nursyahirah said...

peringatan bermakna :D
jazakillah khair nuha

hafiza suraya said...

salam nuha,
ingat saya lagi?
erm,betul apa yang cakapkan pun..
setuju sesangat...hee

Dila is Azie said...

dear, betol la pe yang u kate. dila agree sgt2. :)

Nurul Izz said...

that final sentence - aww how sweet :') sometimes i feel that too. rasa mcm fall in love / rindu, tp pada entah siapa, just tiba2 je rasa. haha weird ;)

i dont believe in 'forever', only 'the rest of my life' :)

-hazen said...

wah. setuju, dan saya punya misi yang ini juga.

sudah2 la tu sayang.

nhmnrh said...

farah

Allah. terima kasih sangattt. ilham datang drpd Dia Yang Maha Bijaksana juga.

:)

soffea

terima kasih ye :) stuju. tiada yg kekal melainkan cinta padaNya.

syahirah

afwan syahirah. alhamdulillah klau boleh dijadikan peringatan, :) heee.

nhmnrh said...

hafiza

wsalam, masih ingat jgn risau.

:)

dila is azie

alhamdulillah, :)

kak nurul

sungguh ni kak. rindu betuuuul. wpun tk tahu rindu ni pada siapa. aihh.

sesak betul dada ni. :')

hazen

ya, sudah² la tu.

moga awak kuat ye. :) saya pun masih tempang ni. berjalan pakai penongkat.

huhu.

inar said...

Ya Allah...sy suka entry ni..
^_^