Thursday, September 23, 2010

munajat Rabi'ah al Adawiyah

Entah kenapa semalam terfikirkan tentang Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah, wanita sufi yang hidupnya hanya untuk mencari keredhaan Allah Taala. Bila terbacakan munajat beliau pada Ilahi dalam kesunyian pekat malam...

Allah. *terdiam.

Makanya, sengaja nak kongsikan ucapan-ucapan Rabi'ah dengan kalian di sini. May Allah bless, insyaAllah. :')

Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.

Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu

Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.

P/s: kita kita ni masih jauh, kan? :(

1 comment:

Nurul Izz said...

Hm. Masih jauh. To me, ada up and down, ada pasang surut dlm usaha nk jadi hamba kesayangan Dia. Haih.

Tapi bile tgh surut usaha tu, mulalah nk blame si Satan :D Padahal salah sendiri.

Anyway, Nuha balik Mesir bila? Have a safe flight yea! Take care! :)