Tuesday, September 28, 2010

kerlipan cinta milik Dia 3.

Sebelum ni aku selalu butakan mata bila Allah tunjukkan aku hikmah tentang sesuatu perkara yang berlaku. Darah yang masih panas, nafsu yang masih memuncak, membuatkan aku rasa tak puas hati kalau sesuatu yang terjadi tu, tak selari dengan rancangan atau kehendak aku.

Manusia memang macam ni kan? :( Lari bila nak ditarbiyyah oleh Ilahi.

Maaf kalau tulisan kali ini mengguris hati seorang teman yang mula mengisi hidup aku. Kalau awak terasa, tolong jangan segan untuk suarakan, ya Q.

Sekarang aku dah jadi sedar. Masa tu, kalau Allah keluarkan dia dari hidup aku, kalau dia hilang pergi dan lenyap dari hati ni... kerana Allah Taala mahu hadiahkan perhubungan yang lebih indah untuk hambanya yang ini.

:)

Tiadanya dia, aku terasa makin ingin dekat dengan al-Khaliq; pemilik jasad dan keseluruhan kehidupanku. Terasa ingin serahkan pergantungan dan hasrat di hati kepada-Nya, ingin mencintai dan dicintai oleh-Nya.

Hilangnya dia, aku jadi makin rapat dengan seorang sahabat yang aku gelarkan habibi yang aku sayangkan lillahi taala. ♥

Perginya dia, aku terus mahu rapat dengan sesiapa yang sejantina denganku, atas tiket mencintai Tuhan kami yang satu. Aku dah punya sahabat, kakak dan adik-adik yang mengisi hari-hari baru. :')

Lenyapnya dia, rasa terus mahu beri kekuatan kepada sesiapa yang rebah sepertimananya aku satu masa dulu yang mungkin saja bakal rebah sekali lagi. Lebih-lebih lagi awak, Q.
.
.

Allah sangat baik, kan...? Dia tarik pergi seorang yang pernah aku sayangi, tapi Dia gantikan dengan sahabat yang jumlahnya berganda dari yang pergi. Yang Allah susunkan itu tetap paling indah dari segala apa pun.

Syukur lillah ala kulli hal, :') Untuk tarbiyyah yang manis ini, untuk perasaan yang sedang membunga ini, untuk insan-insan yang menghidupkan jiwa ini. Musyakkir awi ya Rabbi.

No comments: