Sunday, September 5, 2010

Ini rasa yang paling dalam.

Rasa ini aku tukarkan menjadi patahan kata-kata supaya aku takkan lupa untuk hamparkan pada bakal suami nanti, insyaAllah. Dan ya, ini rasa yang paling jauh, paling dalam.

Jangan cuba untuk terlalu faham sebab kamu mungkin saja akan tenggelam.
.
.
.

Somehow, deep inside, I am hoping hard that if I happens to be married in the future, my children won’t experience what I have been through. Enough is enough.

Untuk tengok anak sendiri rasa apa yang saya pernah rasa, I don’t think I can even tolerate with that fact.

Jadi saya merayu pada awak, bakal suami saya (biar siapa pun awak itu kerja Tuhan)... tolong sayang dan kasihkan bakal zuriat kita berdua sama taranya dengan nyawa awak.

Jangan biar ada sikit ruang bolong yang boleh buat mereka fikir atau rasa kalau awak; seorang ayah yang tak kisahkan anaknya.

Layankan mereka penuh sabar, jangan dimanja sehingga mengada, jangan ditinggikan suara tanpa sebab, jangan disergah dengan kata hinaan, jangan ditangankan mengikut amarah dan hukumlah mereka dalam hikmah kalau mereka membuat salah.

:)

Saya perlukan awak untuk mengimamkan solat kami. Saya perlukan awak untuk jadi teman bermain putera-putera kita berdua. Saya perlukan awak untuk jadi lelaki idaman puteri-puteri kita supaya mereka letakkan piawaian yang tinggi dalam memilih bakal suami.

Saya perlukan awak untuk jadi idola mereka sepanjang hayat. Bukan entah pelakon lelaki Korea kacak mana, bukan entah artis wanita Inggeris glamor mana.

Tapi awak; bakal suami saya, bakal ayah mereka. :)

Kerana saya sungguh-sungguh tak nak mereka rasa apa yang saya rasa. It is not a trait on chromosomes that can be inherited, and I am pretty sure about that.

Oyya, saya juga perlukan awak untuk membiasakan putera puteri kita dengan budaya mengimarahkan masjid setiap kali masuk waktu solat fardhu, lebih lebih lagi ketika Subuh.

You have no idea macam mana tersentuhnya hati saya bila nampak anak-anak kecil berbaju melayu bersongkok bertelekung bersolat Subuh di masjid selepas Qiyamullail di masjid negeri semalam.

They were too adorable and cute for words, sayang. :’) Apa awak boleh cuba usahakan yang ini untuk saya...?

Saya cuma mahu pastikan tak ada rasa risau yang timbul dalam hati ni untuk tinggalkan zuriat kita pada awak, kalau-kalau saya dijemput pergi oleh Ilahi terlebih dulu.

:) Itu saja.

10 comments:

twinkle twinkle said...

sweet :)

nhmnrh said...

awak yg manis sebenarnya sbb sudi comment. hee. terima kasih sangat, :)

Att Ashburn said...

amin..
sama-sama doakan doa tu.
sama- samakan doa utk saya sekali ye =)
moga kita dpt lelaki yang mampu bimbing ke jalan-Nya

dai-chan of luck said...

Salam kak nuha! lama xdengar khabar, sihat?
Comel betul post yang ini.
Memang budakbudak yang pergi masjid tu comeeeeeel sangat
Lebihlebih budak perempuan yang pakai tudung, muka dia bulat2, comelnya.
Semoga k.nuha m'dpt jodoh seperti yg dinyatakan, insyaAllah.
Heeee~

W M Najib said...

semoga Allah permudahkan urusanmu
duhai sahabt!
:)

arelynn said...

Amin

syarifah radiah ibrahim said...

nuha, moga bertemu jodoh seperti yang diidamkan.
;)

nhmnrh said...

kak att

ameen ameen ya rabbal alamin. :) kita sama2 doa ye. insyaAllah, Allah takkan hampakan hamba-hambaNya.

hidayah

wsalam dikk! yupp, lama tak borak berdua! aihh, baru baik demam hehe alhamdulillah sihat :D

kan kan diorang sangat comellll. rasa nak gigit pipi sorang2 huhu.

ameen insyaAllah. thankyou sangat ye dik atas doanya. moga hidayah juga Allah kurniakan lelaki semacam ni.

:)

najib

aduh. terima kasih sangat! ameen, insyaAllah. mengharapkan yg sama utk kamu.

:)

kak arelynn

ameen, insyaAllah.

hee, :D

kak radiah

tk tergambar rasanya rasa terharu utk doa akak. :') terima kasih sangattt.

insyaAllah insyaAllah.

:)

Niena Azman said...

akak! post ni sgt best! i like. :D
semoga harapan akak dimakbulkan oleh-Nya... aminn...

nhmnrh said...

niena

thankyou so much, syg! :') ameen, insyaAllah insyaAllah.

:D akak doa niena pun Allah hadiahkn lelaki mcm ni, insyaAllah.