Wednesday, September 8, 2010

Cinta saya nak pergi.

Awak... tolong jangan pergi, jangan tinggalkan saya sendiri. Sungguh, saya mahu awak berdiam di sisi, setia menemani seperti yang sekarang ini.

*terdiam.

Maaf, kalau selama awak di sini, ada waktunya tanpa sedar saya melayan macam awak tak ada kepentingan di hati. Salah saya, silap saya. Saya patut lebih tahu untuk menghargai.

Maaf sekali lagi. :(

Tapi walau saya rayu dengan air mata darah menurun di pipi, awak tetap juga akan pergi kan? Dan entah siapa saja di dunia ini yang tahu, apa awak akan hadir lagi, mengiringi hari-hari yang kekhilafan meraja di sana sini.

Awak; bulan Ramadhan yang dinanti oleh para pencinta Ilahi, saya harap kita boleh bertemu lagi. Walaupun datangnya awak cuma berjumlah 30 malam, kekuatan untuk bertahan di jalan ni dah macam terus bertambah hari demi hari.

Alhamdulillah dan untuk itu, terima kasih Tuhanku kerana menghadiahkan hamba-hambaMu bulan yang penuh dengan kecintaan dan rahmatMu ini.

:)

Hari kembali kepada fitrah dah mendekat.

Ah, kenapa di hati ada rasa sikit gentar untuk menghadapi? Apa kerana Iman mungkin bakal goyah lagi? Atau kerana selain nafsu, musuh yang nyata bakal bermaharajalela sekali lagi?

-29 Ramadhan.

5 comments:

Cik GuLA-GuLa said...

i like this post...

terasa sama...

tapi..biarkan cinta itu pergi jika cinta tu buat kamu sakit:)

salam lebaran

aisya said...

aw!aw!
sy slalu rs sayu time 15 malam terakhir.

syarifah radiah ibrahim said...

Ramadhan yang pasti akan dirindui.
moga amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterima Allah.
ameen.

:)

aat @ paat said...

nice one la nuha... helwa... =)

nhmnrh said...

cik gula² yg saya yakin manis ;)

terima kasih! :D tp cinta pada Ilahi tak pernah menyakitkan, malah membahagiakan.

err. maaf kalau saya tersalah.

tp awak rasa cinta saya ni manusia bernama lelaki...?

aisya

memang. :'(

kak radiah

Allah. itulah harapan kita hamba-hambaNya ni kan kak? moga Dia sudi menerima segala ibadah kita.

ameen juga. :)

paat

he he. semua yg baik dtg drpd Allah en?

:) terima kasih, btw!