Friday, August 6, 2010

titik bukan noktah perjuangan.

6 Ogos- Hari ini. Malam ini. Dan Ramadhan yang bakal tiba ini. Juga pada dua minggu yang akan datang (biiznillah, insyaAllah) ini. Nuha doakan agar semuanya dipermudah Tuhan, dan abah akan kembali pada kami seperti asalnya.

Ameen, insyaAllah.

Hari ini. Malam ini. Abah akan mulakan perjalanan pertama untuk berangkat ke tanah Gaza, Palestin melalui tanah Rafah. Sebelum boleh betul-betul melangkah ke tanah keramat, abah dijadualkan untuk berada di Kaherah dan Amman.

Semoga semuanya dipermudah Tuhan.

Hari ini. Malam ini. Dan Ramadhan yang bakal tiba ini. Misi Ramadhan di Gaza menjadi satu platform jihad untuk abah. Satu bentuk bantuan kemanusiaan, insyaAllah abah akan jadi tukang masak untuk juadah berbuka atau bersahur penduduk di Gaza.

Abah masak sedap-sedap macam selalu okay! *senyum.

Hari ini. Malam ini. Dan untuk dua minggu yang akan datang (biiznillah, insyaAllah) ini. Niat abah untuk bersolat di Masjidil Aqsa; kiblat pertama bagi umat Islam, diharap Allah Taala mengizinkan.

Tuhan Maha Mendengar, kan? *senyum. Dan semoga Allah Taala kurniakan abah kondisi kesihatan yang lebih baik daripada biasa. (Few months back, abah had a heart attack due to blockage of arteries).

Hati mana yang tak risau? Seberat-berat hati anak-anak untuk ukirkan senyuman, hati umi sebagai isterinya abah tentu lagi berat untuk melepaskan.

InsyaAllah, abah takkan apa-apa. Biarpun yang bakal abah depankan ini namanya tentera Israel. :)
Dan semoga Allah Taala meredhai niat hampir 40 orang peserta konvoi Misi Kemanusiaan ini. May God bless them all, insyaAllah. Dear kamu, tolong sama sebutkan 'Ameen' ya? Jakallahu khairan kathira! May God bless you too.

P/s: Umi's prayer for abah. :')

5 comments:

dai-chan of luck said...

Ameen!

Att Ashburn said...

semoga dipermudahkan Tuhan. ameen

arelynn said...

Nunu ...
kak lin menangis bc tulisan kamu ini
akak mmg teringin sgt nak ke masjid al-agsa .. bersembahyang di di sana ...
uncle akim sgt bertuah dpt ke sana ..
akak sentiasa mendoakan keselamatan uncle disana ... Insya Allah ..

farahh said...

abah kak nuha pegi sne?
insyaAllah xde ape
Selamat...
aminn (:

hanna/fana said...

Ameen ya Rabb