Friday, August 13, 2010

tetamu undangan malam tadi.

Malam tadi, warga Shah Alam yang memenuhi Masjid Biru, bersolat tarawikh berimamkan seorang imam yang datangnya dari Timur Tengah. Madinatul Munawwarah sebetulnya. Dan hati-hati yang mencintai Pencipta mereka tersenyum suka.

Sejujurnya jadi teruja. *sengih.

Walaupun bersolat berbelakangkan tiang yang kadang-kadang membuat pergerakan jadi terbatas, hati tetap rasa senang.

Malam tadi, warga Shah Alam berimamkan tetamu undangan. Malam tadi, masjid Biru berlagu merdu dengan bacaan kalam Tuhan. Malam tadi, hati yang sering kontang ini hanyut dalam ketenangan.

Hampir tak nak tinggalkan saf bila selesai rakaat ke-lapan. *harapan.

Huuu, terkesan betul dengan bacaan imam tu. Segala perkataan yang indah kalau nak dicanangkan.

:)

P/s: Seronok tengok budak-budak comel yang kecik kecik lagi dah mengimarahkan masjid walaupun lasaknya bukan main. Rasa nak cubit pipi gebu labuh sorang sorang! Anak orang, memang lah.

Cuba kalau anak sendiri. Jangan kata nak pegang, didekat orang pun tak dibagi agaknya, -.- *abah kalau baca yang ini jangan kena heart attack ye.

5 comments:

Fna Ishak said...

'cube kalau anak sendiri.....'

fna tak faham part tu, maksudnya... tanak anak er or tlebih sayang anak tu? ahaaa. omg tak sabar nak anak sendiri okay siap da ada nama and gatal pergi kat web y bajet predict muka anak mcm mana (HAHA) tapi nak kawen nye tanaaaaaak. haha.

farahh said...

hehe kak nuha kalau tulis mcm novelis (:
selamat ramadhan kak ;D

nhmnrh said...

fna

terlebih sayang! ;p smpai tknak bgi org pegang. tknk bg org cubit² pipi gebu labuh dia.

heeheehee.

believe it or not, nuha dh ada list nama more than 15 for boys & girls utk bakal anak sejak form 3 lagi :D

farahh

macam novelis? :O alamak dikk, melangit sangat tu, tarikh kebumi balikkkk ;p

salam ramadhan jugak!

:)

hafizulkifli said...

wah, xsabar nk balik ziarah masjid shah alam....

aat @ paat said...

sheikh saad nu'man dr madinah tuh nuha... mmg bez~~