Friday, August 20, 2010

Review: Tautan Hati.

Ini novel tulisan Fatimah Syarha yang kedua aku baca, lepas habiskan Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul tak lama hari tu. Err, sebetulnya belum habis baca Tautan Hati ni he he.

For me, the novel has a great story line and has a wonderful hidden message to let out to the readers, mereka yang cintakan sesuatu yang Islamik terutamanya. :)

Cuma, untuk gadis berumur 19 tahun macam aku, cerita ni boleh tahan berat. The issues presented, I mean. Tentang Imtisal yang terlalu nak fikirkan tentang zat Allah Taala sedangkan perkara tu takkan boleh tercapai dek akal kita.

Zat Tuhan adalah sesuatu yang terhijab dari akal manusia.

Sedangkan Rasulullah sendiri mengingatkan supaya umatnya berfikir tentang ciptaan Allah Taala untuk menghindarkan kita terpesong akidah kalau terlampau fikirkan tentang zat al Khaliq.

Dan mungkin untuk kamu kamu yang semata-mata nak menjadikan Tautan Hati sebagai bacaan masa lapang, akan terasa sikit goyah dengan watak Imtisal.

I experienced it myself. Alhamdulillah, mujur ada watak lain yang seimbangkan watak Imtisal, yang menebarkan kebenaran.

Contohnya, kita sedia tahu kalau setiap apa yang ada di dunia, pokok, haiwan, manusia, alam, semuanya ada pencipta. Dan pencipta itu yang Maha Menciptakan. Bisikan syaitan pada Imtisal menyuruh dia untuk berfikir, kalau betul semua di dunia mempunyai pencipta, siapa yang mencipta Allah Taala?

Astarghfirullah hal'azim.

Tuu kan. Kalau memang membaca naskah ini tanpa ada ilmu di dada, tak mustahil untuk kita terus hanyut dalam memikirkan persoalan yang itu.

Aku percaya, semua orang takkan lari dari fikirkan tentang Zat Allah. Kalau tak selalu, mesti pernah sekali. Terfikirkan rupa Allah Taala, yang Maha Suci itu bagaimana. Kan?

Hmm, maaf tapi aku bukan pelajar aliran agama yang boleh pandai-pandai nak tunjuk ajarkan cara-caranya semacam apa. Maaf sangat sangat. Ini pun masih merangkak mencari ilmu.

Cuma satu saja, dekatkan diri dengan al Quran untuk kembali dapatkan kekuatan, dan cepat usirkan bayangan kerana semua tu tak lebih dari gangguan syaitan. Oyya, jangan pernah lupa untuk beristifargh kalau terlintas, ya. :)

May Allah bless, insyaAllah.

7 comments:

RjNorhamizah said...

dah bace novel ni mase form2 & form4!
memg bez gile2 la kak.
slalu pinjam ngan kawan,
tp trasa ingin memiliki..

twinkle twinkle said...

buku ini sangat best :)

aishah_conteng_je said...

Assalamualaikum Nuha,,...

:)

1. sangat jeles kamu ada di Shah Alam dan dapat solat di masjid Biru itu. antara kenangan Ramadhan yang paling indah akak di sana :(

2. sangat jeles juga kamu dapat ke macam2 program...waaaa!

3. akak pun belum habis baca tautan hati. tebal sangat kan? syabab dah baca? memang mula2 baca tu macam goyah juga dengan si Imtisal


rindu kamu

:)

aishah_conteng_je said...

tadi akak tulis komen panjang2 tak tahu la dapat submit ke tak...huhu

nhmnrh said...

mizah

bila dh belakang2, alhamdulillah jalan ceritanya makin menarik :D

hehe.

twinkle²

heee. alhamdulillah. :)

kak aishah

waalaikumsalam, kak. nuha lagi lah rindu akak! hukhukhuk *muncung mulut*

okay sengaja nak manja² hihihi.

1. knp ye semua yg pernah solat kat situ ckp mcm tu. ramai kata tenang sangat solat kat masjid biru. tiba² nak rasa bahagia kejap.

*sengih*

2. seremban mesti tk kurang juga program dia, kan kak? ;)

3. huuuuu, tebal... tebal. terkebil-kebil kejap mata masa nak beli tu. T___T

masa nk beli tautan hati ni ada nmpak syabab tp sbb kurang ongkosnya (hehehehe), nuha beli tautan hati dgn vt dulu. insyaAllah lain kali nk beli syabab.

:D

aat @ paat said...

weyh ibu ak bru blikn buku nieh utk akak ak kelmarin!!
hahaa~~

FiNa said...

Assalmualaikum... Nuha,
kite pon dah baca buku ni...
n, buku Pemilik cintaku Selepas Allah dan Rasul pon dah baca...
kedua-duanya memang best dan memang menusuk kalbu.

kalau boleh nak baca semula, tapi memandangkan UiTM tengah test skrang ni dan ketebalan buku yang macam nak terkebil, terkelip, terkucil, ter.. ter... ter...,
mmg tak boleh nak baca semula buat masa ni.

buku pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul pulak, walaupun nipis, tak boleh nak baca gak sebab ramai orang pinjam dan dah pas pas kat orang lain.. huhu~