Tuesday, August 10, 2010

Menuju Tuhanku.

KLIA; menghantar abah ke Gaza ♥

Aku merindukan dia. Terlalu rindukan kehadirannya. Dan aku yakin, ada antara kamu kamu yang merasakan rasa yang sama. *senyum.

Adakah aku akan sempat untuk bertemunya kali ini?
Apa yang aku harus pakai ya...?
Perlu berhias secantiknya atau cukup ala kadar saja?


Hmmm. *ketap bibir.

Sudah lama kami tak bertemu. Ada sikit rasa ragu, apa aku sudah mula melupakan dia? Kenapa di saat genting seperti sekarang, fikiran asyik menerawang ke sana, teringat-ingatkan dia?

Mungkin saja kerna saat untuk bertemu dengannya sudah tak lama.

:)

Kadang kadang aku jadi terfikir. Apa yang dah aku lakukan sejak kami menjauh antara satu sama lain. Apa aku makin terukkah? Atau macam mana...? Apa aku cuma menjadi baik semasa ada dalam lingkungannya dia?

Cuma menjadi baik bila aku ada dalam rangkulannya? Hah. Sikitpun aku tak mahu itu berlaku. Kalau boleh biar di saat kami menjauh pun, aku menjadi baik.

Aku tak mahu berpura-pura. Aku tak mahu gagal, tapi kalau lah kamu tahu sukarnya macam mana untuk istiqamah dalam melakukan yang itu. Ujian yang datang selalu buatkan aku jadi terleka.

*mengeluh.

Ya Allah, sampaikan lah aku pada dia, si bulan Ramadhan dengan izinMu. Bulan yang penuh keberkatan dan limpahan kasih sayangMu.

Dan andai ini Ramadhan terakhir untukku, semoga dia lebih baik daripada yang pernah aku ketemu. InsyaAllah.

Salam Ramadhan al-Mubarak untuk kalian, :) Oyya, Selamat mengejar rahmat Tuhan.

P/s: Nuha sertakan senarai cinta Ramadhan milik Kak Aishah untuk dikongsikan. Ini dah macam PAFA zaman sekolah, he he. Cuma penuh dengan kecintaan dari pembuatnya.

Yang juga sedang mencari keredhaan Ilahi,

3 comments:

Fna Ishak said...

salam nuha, you look cute, as always :) and sgttt tabik yr dad prgi gaza, tu baru namenye cool =)

nway fna nak reply psl tudung y kte cerita hri tu, fna tulis pnjgggg kot then blog ni tk ksi submit, geram betul -_- ngaa just nk bg my opinions psl tudung bawal tu =)

psl tak boleh pakai tu, i have to disagree with that, tpi tu y valid utk y proper je la, yg bidang 45 ke atas & y tebal tu, y bawal malaysian selalu pakai tu mmg tak ragu ragu lgi la sbb die jarang plus tak tutup dada properly. anyhoo syarat pemakaian dlm Islam sendiri - tak jarang & menutup aurat (byk lgi en tapi fna bgi 2 syarat je la kt sini if nk apply kt konsep tudung tu). so i dont see why tudung bawal y tak jarang & labuh 45 ke atas tak boleh :) bukan ape, actually da lame da rase ni and nak remind kat orang lain, but of crse, remind diri sendiri dlu la kan. since da hbs secondary school sbb da tkde ustazah nak guide lgi, fna akan google j for the hukum. the thing is, google hukum dlm internet ni in the end fna perasan satu benda, mmg kena hati hati, satu, sebab perasan tak orang yg dok comment soalan tu selalu sgt guna perkataan 'pd PENDAPAT saye', 'saye RASE', then mule la buat opinion sendiri bla bla bla, and bila dia tulis panjang panjang, nmpak la dia mcm berilmu & org caye kt dia lgi lgi org yg rase dia tk tau psl agama sgt. mcm opinion fna kat atas tu, fna tak ckp fna betul, terpulang dekat nuha nak terima ke tak, but fna belajar mcm tu, so fna stick mcm tu je la =) lgpun fna pernah dengar, kte nak belajar ni biar dari satu guru (sources tak pe byk utk menambahkan ilmu, tapi baik kte ada sumber yg utama sebab soal hukum kan byk khilaf & mazhab), anyhoo fna just nak nuha hati hati je if nuha google hukum ke ape lain kali, and check la 4, 5 diff webs and kene berasaskan ayat Quran & dalil sohih, alrite?

nah, bukan nak cari gado ke ape ek >.> hee, atas dasar ingat mengingati je. ye la, fna geram actually sbb kdg kdg tindakan sstngah orang ni akan buat Islam tu nmpak berat, mcm mane la budak budak y baru nak berubah tu ikut if bende y pde asalnye senang pn disusahkan.

but anyway if nuha jumpe dalil/ayat Quran psl tudung bawal tu, do tell me =) but smpai sekarang fna tk nmpak sebab tak boleh pakai mcm shawl tu la kan sbb nampak bentuk pale & leher bcs of the lilitan(s) tu.

hee ok la nuha, salam :D

aishah_conteng_je said...

assalamualaikum adek...

semoga kita bergraduasi dengan cemerlang dari sekolah Ramadhan ya

:)

sayang kamu

nhmnrh said...

fna

salam. thankyou ye fna.

:)

kak aishah

waalaikumsalam kak~ he he. ameen ameen insyaAllah. hopefully semua org akan graduate dgn cemerlang.

huuu, tak sabarnya nak masuk sekolah. hihi.

sayang kak aishah jugak but Allah loves you more than i do, ;)