Monday, August 2, 2010

sekadar gurauan atau sebetulnya ujian? (updated)

Maaf, tapi aku sudah sedaya upaya untuk ber-husnu zhon terhadap lelaki yang aku panggil uncle ini. Dan keupayaan aku semakin menipis, waktu demi waktu.

Aku tak pernah mahu dan takkan pernah hendak untuk terlibat dengan lelaki kepunyaan perempuan lain dan yang berstatuskan suami orang. Suami orang. Apatah lagi yang sudah beranak satu.

Astarghfirullah hal'azim.
Mintak dijauhkan secara sangat, simpang malaikat empat puluh empat.

"Salam, Nuha. Kacau ke? Uncle tanya je ni tau, ayah asal mne ek? bkn nk ngorat tau just boring tkde wat pe... hehe.."

Lalu. Tanggapan apa yang harus aku biarkan untuk bermain di fikiran? Mungkin betul, uncle ini tak ada niat untuk mengorat aku (way beyond my imagination). Mungkin betul, uncle ini sekadar bertanya tentang abah. Mungkin betul, aku yang tergedik lebih untuk perasan.

Mungkin betul.
Aku sejujurnya masih cuba untuk ber-husnu zhon. Sehabis baik.

Tapi, lelaki ini hantarkan message pada aku kerana dia tak ada apa untuk dilakukan...? Susah untuk aku menerima di logik akal. Tak ada puzzle pieces yang sesuai untuk aku cantumkan kelogikan situasi ini.

Makanya, ini satu gurauan ataupun sebetulnya ujian dariMu, Tuhan?
Aku benar-benar mohon dijauhkan.
Mohon jauh, ya Allah.
Hasbunallah wa ni'mal wakil. Wa ni'mal maula. Wa ni'man nasir.
.
.
Terbaru, lelaki itu hantarkan ini:

"Uncle org n9. kt egib nuha amik coz apa ye? tkpe ke msg ni..? sje nk knl2 tmbh kwn..."

*Sungguh, di saat ini. Aku rasa ingin menghamburkan air mata. Ya Tuhan, berikan aku kekuatan yang jauh luar dari biasa.

13 comments:

farahh said...

InsyaAllah xde pape kak (:
jgn layan die
hehe (:

nhmnrh said...

ameen, insyaAllah. :) kak nuha mmg harap tk ada apa. kalau tak, haru.

thankyou, farah! :D

aishah_conteng_je said...

Selamat datang Dik. Pada dunia di mana lelaki yang menjatuhkan diri sendiri.

:)


cuma, kita, Perempuan. Perlu gagah. Berpegang pada janji Allah.

Semoga sabar.

nhmnrh said...

kak aishah.... *rasa sebak tiba². nuha takut.

takut kalau tak kuat. takut kalau tak gagah.

ya Allah. :'( jantung macam nak keluar mencecah lantai.

aishah_conteng_je said...

Kita takut, sebab kita belum tahu

:)

belum tahu apa yang di hadapan.

Sungguh dik, ramai lelaki yang macam itu. Tak ada kekuatan selain dari Tuhan.

Untuk keselamatan hati dan badan. Mereka perlu diabaikan.

Ya Allah...kalaulah akak boleh peluk kamu dan kata
"jangan takut...Tuhan ada...jangan risau,...kami Ada..."


:)

tenang ya

Att Ashburn said...

ini part of ujian yang Allah bagi. kena strong, ok?

bukan nak bersangka buruk. biar pun uncle tu tak bertujuan apa2, baik jangan dilayan. syaitan ni pandai. hari ni dia bisikkan, apalah sangat, msg je. lepas tu, ajak jumpa. lepas tu, entah ape lagi. nama pun syaitan kan.nauzubillah.

be strong ok :)

Anonymous said...

insyaAllah xdek ape2.
sebaiknya kak nuha jgn layan.
:)

nhmnrh said...

kak aishah

:') syukurnya ada kak aishah. kalaulah kak aishah betul-betul ada dekat sini. sebelah nuha.

terima kasih sangat, kak!

kak att

insyaAllah, nuha takkan layan dah. syaitan mmg kreatif kan sis?

insyaAllah insyaAllah, i'll be strong.

:)

kamu yg tk mahu dikenali

terima kasih ye dik! ye, insyaAllah kak nuha tak apa².

:)

AnaMujaddid said...

What's your parents opinion towards this matter?

aat @ paat said...

heheh~~ sorry nuha!!
mule2 ak bace nie mmg tgelak...
gle lah... mcm2 la org skrg nieh...

erm.. jauhkn la nuha... bole jd fitnah tuh... psl die bknnye bnde pnting pun sms2 yg ko dpt tuh..
kalo pakcik tuh stalk ko lg truk pasnieh smpai ko xleh thn...

btau ayah ko~~ xpun tukar nombor...

nhmnrh said...

kamu mujaddid

em. i'm afraid i can't give u the answer. i hope u would understand. maaf.

paat

kau gelak, aku kat sini dh nk kena heart attack okaaaay? -.-" aku pun dh malas dh kot nk layan. biar je la kn paat?

haih. tu la zaman skrg ni. kau nnti jgn buat camni kat isteri kau okay? aku kerat kau seribu bahagian nnti kau tau la! >:(

btw, bagi aku, case is closed bila aku dh tk reply lg msg dia. huhu.

Naddie Anuar said...

jangan layan. sekian.
sebenarnye, org2 yg msg camni sme pon xyah layan. hoho~
geli~

nhmnrh said...

mmg tk pernah layan pun kak naddie. dont worry, nuha lg la geli~ -.-

:)