Monday, August 23, 2010

kerlipan cinta milik Dia: sekuel.

Kamu para pencinta Ilahi, kalau dikata cagaran untuk sebuah hidayah sangat mahal, kamu percaya kan? :)

Meninggalkan cara hidup lampau yang sudah sebati sedari dulu, tiba-tiba perlu berjerih payah menghimpun kekuatan mulakan yang baru... Apa semua itu boleh berlaku kalau kita berpeluk tubuh dan diam memaku?

Pernah tahu tak kalau Allah Taala lebih sayangkan seseorang yang berubah dari zaman jahiliyahnya kepada yang lebih baik daripada yang sedia asalnya baik? Kerana bukan senang kan, untuk seseorang manusia meninggalkan sesuatu yang dia suka.

Percaya atau tidak, pengorbanan itu harga kerlipan cinta Tuhan buat kamu.

Dan tersangatlah rugi kalau hadiah indah dari al-Jalil itu dihadapkan ke muka, tapi kita memejam mata semacam tak ada apa yang berlaku.

Tak, saya tak marah.

Cumanya, al-Qudus sudah mencanangkan dari mula yang kalau kita menjual mahal pada hidayahNya, bukan sedikit azab yang menunggu untuk ditimpakan pada kita.

Malah, larinya kita dari menjawab 'panggilan' itu, takkan ada sikit pun kerugian yang berlaku padaNya. Dia yang Maha Kuasa. Dengan sekelip mata hidayah itu boleh dihadiahkan pada mereka yang lainnya.

Kadang-kadang, tanpa ada jejak, tanda cinta Ilahi itu boleh ditarik kembali, dan percaya kalau saya kata, kita akan menyesal bila Allah Taala sudah tak sudi untuk mengetuk hati kita buat kali yang kedua.

Semua tentang kita, yang ada pada diri kita, segalanya milik al-Matin. Lalu, apa yang tinggal pada kita kalau Allah sudah hempapkan kemurkaanNya? *serius, saya yang menulis terasa mahu menangis.

Apa kita mampu menanggung kenyataan itu untuk seumur hidup, kalau itu yang berlaku? Mampu?

P/s: Dik, kakak tunggu kamu. Kakak takkan pergi mana-mana. Cuma tolong jangan pergi jauh. Takut kakak tak terjaga.

5 comments:

W M Najib said...

bahasa kamu tinggi buat saya baca banyak kali untuk faham.

:)

untung kamu senang tersentuh hati hal hal macam ni.

nhmnrh said...

maaf ye kalau menyusahkan. :) cuma rasa hati nak tak nak, kena juga disampaikan.

sbb bukan org lain tu. adik kandung saya.

*senyum pahit.

untung? alhamdulillah, Allah yang beri kemudahan. :)

sbbrinana said...

thumbs up for the post (:

kasih sayang ALLAH tu mmg indah kan :P

nhmnrh said...

thankyou so much, sabrina!

hmmm, sangat² indah! ;D

aishah_conteng_je said...

adik.
kita teruskan berdoa ya.

ingat tau formula magik tu. hehe.