Sunday, August 1, 2010

excuse me, skandal tu apa?

Mereka (kerana berasa bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya. --Al Munafiqun; ayat 4.

Dulu, aku pernah sangkakan kalau menyebarkan desas-desus yang boleh mencemaskan hati mereka yang lainnya tu sangat menterujakan. Adrenaline-rush-kinda-moment orang kata.

Well, seeing the face reactions of people can be interesting.

Macam mana cuaknya diorang, macam mana huru hara, macam mana kucar kacirnya riak diorang, hanya kerana satu berita. Seronok, kan? Bila mereka dah tak tentu arah, baru dijelas keadaan sebenar dengan sengihan panjang macam tak ada apa.

Macam baru lepas buat lawak antarabanga lagaknya. Yang kawan tu jantungnya dah nak keluar mencecah lantai. Sedaya upaya emosi ditahan untuk 'tahan'kan pertalian yang bernama persahabatan.

Sedangkan, kalau difikir mengikut logik akal, itu semua tak lari jauh daripada yang namanya fitnah. --> correct me if i'm wrong, please? *senyum.

Dah tak terbilang dek jari entah dulu berapa kali nama aku digandingkan dengan lelaki-lelaki yang entah dari mana. Heh. Err, kawan sekolah sebetulnya. Orang sekarang kata apa. Emm, skandal ye? *sengih sinis.

Tak dapat nak nafi, dulu aku sangat suka. Ye lah, nak pulak kena skandal dengan student kacak sekolah. Memang tolak tuah kalau nak beria-ia kata tak ada apa. Padahal memang tak ada rasa untuk dia tapi kerna mulut mereka yang di sekeliling, rasa itu tiba-tiba jadi ada.

Sekarang dah nampak?
Betapa fitnah itu punya kuasa untuk ada kan yang tiada.

Dan sekarang ini, sejujurnya tiap kali habis solat, aku sisipkan ke dalam doa supaya dijauhkan dari sebarang fitnah dunia. Dalam apa juga bentuk sekalipun. Kerana sebagai seorang perempuan dan hambaNya, aku tahu aku takkan terlepas daripada ujian yang satu ini.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? --Al Ankabuut; ayat 2.

:)

P/s: Untuk lebih tahu apa itu fitnah menurut Islam, kelik sini. Hee.

2 comments:

Att Ashburn said...

salam nuha, thanks for sharing this one.
saya selalu juga buat lawak yg buat jantung org kasi sentap. hmm..

saya tak suka skandal ni, sbb nanti sy dan kawan lelaki tu akan jadi kekok. so, kalau org start gosip je, saya akan terus kata NO. that's just it.

nhmnrh said...

wsalam kak att. welcome, hehe. alhamdulillah kalau entry ni dpt beri kak att sesuatu.

:)

hmmm, nuha pun mmg suka & selalu buat jugak. ada yg smpai skrg pun nuha tk jelaskan lg kebenarannya. :(

em. dulu nuha suka skandal. sbb apa yg org skandalkan tu jd kenyataan. selalunya mcm tu lah. tp skrg bila fikir balik...

rasa nk beristifargh panjang. haih.