Tuesday, August 31, 2010

bumi yang sedang dipijak.

Aih, rindu nak menulis. *senyum.

Beberapa hari ni, yang nak menjelang sepuluh malam terakhir di bulan penuh cinta, Allah menguji tuan punya tulisan yang sedang kamu baca ni. Kesihatan badan menjunam turun macam main gelungsur!

Bersin tanpa henti, dengan batuknya, dengan perit tekaknya, dengan nafas tersekatnya, dengan demam lagi. Mujur sudah makin sihat, alhamdulillah.

Makanya tak mengizinkan aku untuk berlama-lama menghadap laptop semacam biasa. Tak, sikitpun tak mengeluh. I believe it is a blessing in disguise actually.

Sakit ni penawar dosa, kan? :)

Maka tak ada benda untuk dirungutkan dengan dugaan skala kecil yang kadang-kadang menggugat semangat untuk beribadah ni. Sepatutnya langsung tak boleh terpengaruh kan? Huhu.

Tertanya-tanya. Kalau kita cuma ingat Tuhan semasa senang, tapi tak mendekat ketika susah, bagaimana ya?
.
.

Teristimewa untuk tanah air yang buminya sedang saya pijak dan langitnya sedang saya junjung,

Selamat Hari Merdeka, sayangku!

Jujurnya kita yang sekarang ni kurang untuk mendalami erti kemerdekaan seperti mereka yang ada di zaman dulu. Mereka yang bergadai nyawa, masa dan harta untuk mencapai kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

Aihh, :(

Kita yang berstatus remaja dan kanak-kanak ni, memang jauh untuk faham, kan? Tapi bila mentengok dokumentari bekas Perdana Menteri; Tun Abdul Razak tadi, terkesan juga dibuatnya.

Manusia ni, bila dah kehilangan baru akan terasa rindu. Biasanya memang macam tu, kan? Heh. That's what you'll feel once you got out from this beloved country of yours. Tak kisahlah untuk urusan apa pun.

Tapi yang lebih terasa mereka yang bergelar fisabilillah tentunya, :)

Kadang-kadang, dengan udara pun boleh jadi rindu. Sebab tu jangan pelik kalau ada yang di luar negara minta kamu sampaikan salam pada udara Malaysia. Bisikkan saja salam tu pada angin lalu. Kawan kamu tengah rindu sangat tu, hihi.

Masih teringat betapa meremangnya bulu roma bila menyanyikan lagu Negaraku pada Cultural Day di depan rakyat asing sekaliannya di universiti tak lama dulu. Suara yang selama ni nak tak nak je menyanyi masa perhimpunan, sampai nak terkeluar anak tekak menyanyi hari tu.

Memang perghh, indescribable!

Hmm, I look forward to have the same feeling I felt on that day in the near future. A feeling of proudness to be a Malaysian, just like you. *sengih.

4 comments:

W M Najib said...

syafakallah!

saya pun selesma gak

musim kot.

:(

Att Ashburn said...

salam nuha.
betul betul. saya kalau ada kawan balik msia je dan dan suruh kim slm kt msia haha. as if msia tu org :)

aishah_conteng_je said...

Assalamualaikum adik..lama tak sembang

:)

hey...semoga lekas sihat..mahu meneruskan jihad.

sungguh...sakit itu nikmat dalam kelat.


akak tak pernah pula duduk lama di tempat jauh meninggalkan malaysia, tapi sewktu pulang dari UK untu kem pandu puteri dulu, memang hati rasa seperti pelangi bila ternampak awan Malaysia. Hati menyanyi lagu ini:

"oh malaysia...land of glory...where I found my heart trough love.." (entahkan betul liriknya)

sebenarnya kami nyanyi kuat2, bukan dalam hati.

selamat meraikan 10 malam terakhir dik

nhmnrh said...

najib

terima kasih! syafakallah utk kamu jugak, huhu. ha ah, rasanya mmg tgh musim :(

ataupun mmg Allah mahu menguji. :)

kak att

wsalam. hee, tau tkpe. kdg2 muka org Malaysia pun blh jd bahan rindu! hihihi.

kak aishah

wsalam kak. ha ahh, lama tk berbual berdua. :(

itulah, nak cepat2 sihat biar makin ligat beribadah. ni asyik rasa lemah, aduuuuhai.

hee, salam 10 malam terakhir di bulan cinta juga, kak! :)