Wednesday, August 11, 2010

buatmu puisi terpendek 4.

Dear Cahayaku,

Rasulullah saw pernah bersabda:

"Satu hari nanti, kamu semua akan dikerumuni musuh, seperti semut mengerumuni makanan." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah kami sedikit bilangannya ketika itu ya Rasulullah?"

Rasulullah saw menjawab, "Tidak, ketika itu bilangan kamu ramai, tetapi kamu seperti buih di lautan. Allah akan membuang rasa takut di hati musuhmu dan mencampakkan kegerunan di dalam hati kamu. Hati kamu ketika itu dihinggapi penyakit wahn."

Sahabat-sahabat bertanya lagi, "Apakah wahn itu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Cinta dunia, takut mati."

---

Untuk itu Cahaya, kamu jangan pernah terlalu cinta akan dunia. Kerana dunia adalah satu-satunya ciptaan yang Allah tidak pandang lagi setelah menciptakannya. Sekarang kamu sudah tahu hinanya dunia ini semacam apa?

Rancanglah kematian kamu sebaiknya supaya mendapat husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dengan mengumpulkan bekalan sebelum terputusnya tali amal dan tertutupnya pintu taubat apabila malaikat Izrail menjemput.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

:)

3 comments:

Nursyahirah said...

sekarang penyakit wahan semakin berleluasa.

dalam diri kita.
syahirah pun :(
nak buang nak buang nak buang.
jom berusaha buang jom :D

nhmnrh said...

kan? dalam diri nuha pun ada kadang² :(
heee nak buang nak buang jugak!

hopefully kita semua dpt buang penyakit ni,insyaAllah.

:)

aishah_conteng_je said...

sama!


bagnun pagi sampai tidur dililit dunia.

oh sedihnya!