Friday, July 16, 2010

This is Just a Midnight Rants.

Hlovate memang lain dari yang lain. Susah nak jumpa penulis novel Melayu yang boleh buat aku mengagau buat keputusan untuk 'create' surrounding Islamik dalam dunia aku sendiri. She's the first.

Watak novel dia tak pernahnya yang bercinta sakan macam tipikal novel Melayu lain. Kalau tak parents yang aturkan nikah kahwin, mesti hero yang akan pergi jumpa keluarga heroin mintak izin terus nak elak fitnah.

Memang habis penuh dengan artikel ilmiah, quoted words, menyentuh dari segala macam segi. She has that magic to touch people's life.

Tertanya.

Zaman sekarang masih ada tak lelaki berperibadi macam Saidina Ali? Yang terus menyatakan hasratnya untuk menikahi Fatimah pada Rasulullah tanpa kata 'bagi saya setahun dua tahun untuk siapkan diri'...

Dan kekasih Allah itu menjawab, 'Ahlan wa Sahlan'. Lamaran Ali diterima.

Yang percaya kalau Allah itu Maha Kaya? Dan akan beri rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki dan yang menegakkan agamaNya.

Heroin pun bukan jenis yang merambu selambayaya buat lelaki bukan muhrim macam suami dia. Yang paling best, watak dia rasa dekat sebab sama-sama belajar overseas walaupun tempat lain.

Sekarang, my favourite would be Rooftop Rant. Khairul Batrisya. Zaid. Tiba-tiba pulak dah impikan lelaki macam Zaid. Yang buat lepak dengan kawan-kawan tu sebenarnya liqa' untuk sama-sama bagi tazkirah saling mengingatkan.

Ada tak orang pergi memancing buat qiyam, buat tahajud pada malamnya? Kalau ada Alhamdulillah, hati ni rasa senang.

Lelaki gambaran Hlovate, masih ada ke...? Yang macam Zaid? Yang macam Asyraf? --> something that I couldn't give an answer straight away. Wallahua'lam.

Tapi yang kaki lepak tepi jalan sampai dinihari tu pun jangan dipandang tak ada mata, kata Zaid. Kalau Allah dah kata 'Kun faya Kun', silap-silap si kaki lepak boleh terus jadi stok masjid. Hidayah Allah. Kita takkan tahu, kan?

:)

Dan Hlovate kenalkan aku pada Harun Yahya. That's an ultimatum. I currently have this list of books written by Harun Yahya to read. An e-book, precisely. Currently reading Basic Tenets of Islam. Terujaaa. *sengih.

Aku tertanya-tanya.

Kenapa manusia suka lebihkan dunia...? Aku tak terkecuali. Dah 'memang' ke? Hiburan sakan, melalak sana sini. Indah sangat agaknya. Apa boleh jamin karpet merah ke syurga? Aku tanya.

Entahlah. Mungkin betul, kubur kita lain-lain, dosa masing-masing sendiri jaga. Buat apa nak kisah. Untuk apa nak ambil peduli. Tapi tak salah kalau kita saling mengingatkan kan?

Mungkin juga aku bukan orang yang tepat nak berpesan-pesan dengan kebenaran. Apatah lagi dengan kesabaran. Mungkin.

Hmmm.

Nota kelam malam: Sejuk mata tengok bulat sabit atas langit. Subhanallah. Bulan macam tengah senyum pada Nuha je. Call me perasan but that's how I feel when I saw the crescent moon. *sengih.

7 comments:

Fna Ishak said...

hahaha as ironically as it may sounds, fna tak suka hlovate, jgn tanye nape ;p tapi yeah dia mmg byk mengajar, fna pn tenga bca harun yahya currently :) hehe

Att Ashburn said...

salam nuha.
Harun Yahya mmg best tulisan dia.
teringin juga nak baca novel islamik mcm tu, oh ye, try la baca seindah mawaqr berduri by fatimah syarhah noordin. sesuai sgt utk remaja skrg, sbb die bagi tafsiran cinta dan hukum couple. some sort like that.

and, kawan sy pernah cakaplah, betul, kubur masing- amsing, tapi nanti kalau nak kebumi, orang lain juga yang kena tolong. sekadar peringatan utk diri sendiri juga.

dah lama tak nampak bulan haih. :)

nhmnrh said...

fna

haha, i thought u like versus hmm? tp tk heran pun, fna mmg lain dr yg lain pun ;) & do take that as a compliment aite, hehe.

yup, dia bnyak ajar. baguslah fna pun baca! :D

kak att

wsalam, sis. kak att ada baca ke tulisan dia? :D boleh download kat internet ni je. i can give the link if u want ;)

thanks fr the recommendation yea. insyaAllah, akan try cari. hihi.

ha 'ah kan orang lain yg tolong mandikan, kapankan. hmmm. headshot juga ni, huhu.

nuha pun dah lama tk nmpak. skali semalam tb2 langit terang pulak. ngeeeee.

bintul-el-bakr said...

slm nuha..
lame da ta drop comment kat cni..(mcm le slalu comment :D)

hmm,there's stil a man like saidina ali :):).i.allah ade jugak utk nuha jundullah yg begitu..

btw,seindah mawar berduri mmg best,denyut kasih medik by her husband;Dr.Farhan Hadi pon sgt2 best,how we apply fiqh perubatan in our real life as a doctor nnt:):)

salam mujahadah :)

nhmnrh said...

wsalam kak diba. :D masih ada eh kak lelaki mcm saidina Ali..? hmmm, insyaAllah, mintak ditemukan.

thanks fr everything ye kak diba. salam mujahidah utk akak jugak! ♥ ;)

Fna Ishak said...

hahaha versus suka! ngaaaa ade sbb dia, nnt bbile fna cite ;p aa fna lain drpd y lain? mcm mana tu? care to explain tak :0 sbb i got 'weird' 'diff' etc etc bfore tpi from org y kenal face to face, ngn nuha tk pena jumpa lgi kan, how come leh dpt 'diff' jgak? hhu :0

nhmnrh said...

hihi. waah, ada cerita di sebalik ekk. ni yg eager nk tau niiiiii. *muka teruja. :p

yupp, fna lain. no doubt bout that. mcm mana ehh nk explain. eventhough tk pnah jumpa face to face, aura diff tu ada kot, hihi.

& maybe not so much, but it shows in ur writing. :)