Tuesday, July 20, 2010

sesungguhnya kamu isteri saya.

Aku belum lagi layak nak tuliskan sesuatu macam ni. Aku tahu. Masih 'under age' orang kata, tapi kisah ni rasa terkesan sangat dalam jiwa. Sampaikan rasa sebak boleh membawak mata jadi berkaca-kaca.

Ayat macam terletak sedatives je tapi betuul, aku jadi sebak. Ini kisah yang aku dengar di Hot fm tadi, yang hari ni membincangkan tentang status Facebook. Dan ini luahan seorang suami penuh lirih (lebih kurang macam ni rasanya).

Saya selama ni tak tahu isteri saya ada Facebook. Tiba-tiba dapat tahu, saya pun bukak page dia. Ya Allah hai. Tak tau nak cakap macam mana. Gambar-gambar isteri saya semuanya yang mendedahkan aurat, seksi semua, dia dok mintak orang comment.

Yang lelaki-lelaki... semua comment yang entah apa-apa. Dok puji bibir isteri saya... *mengeluh* Dah beberapa malam saya tak tidur cuba password untuk bukak account isteri. Pagi tadi pun, sebelum pergi kerja, saya dah cakap 'I love you' pada isteri saya.

Tapi dia diam, tak cakap apa. Kalau dia tak nak mengaku salah dia, tak apa lah. Saya sebagai suami ni, terima saja lah. Dia isteri saya.

Aku belum berkahwin, jadi tak tahu sakitnya semacam apa kalau keadaan macam ni berlaku. Tak tahu reaksi macam mana yang harus dibagikan. Tapi aku jadi sebak dengan kebaikan si suami. Dia isteri saya. -->kata-kata ni macam kaset yang terus berulang dalam kepala.

Mereka bukannya baru berkahwin setahun, tiga tahun. Tapi TIGA BELAS TAHUN. Apa angka 13 tu bawa apa-apa makna pada kamu wahai isteri...?

*terdiam.

Aku cemburu, kak. Betapa beruntungnya kamu kerna ada dan masih punya suami yang sudi sayangkan kamu, yang setia katakan kamu isterinya dia. Yang anggap salah kamu cuma ujian dari Dia. Bertuahnya kamu, kak.

Cukup bertuah.

Nuha belum cukup layak untuk katakan yang ini tapi untuk perempuan yang bernama isteri, bukan kah syurga kamu letaknya di bawak telapak kaki suami...?

Dan bila Hot fm mainkan lagu ini, sebak yang rasa makin bertimpa-timpa. Semoga nanti aku menjadi seorang isteri yang solehah buat bakal suami, menjadi sayap kiri untuk perjuangannya, dan tidak menjadi sebab untuk bakal suami terlepas daripada mendapat nikmat syurga.

InsyaAllah.


Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

P/s: Yang aku bold-kan liriknya tu, sentiasa terasa meremang bulu roma setiap kali mendengar. Seorang lelaki bernama suami. Hmmmm.

12 comments:

miEz haNeM said...

banyak terjadi macam ni skang..

EykaHamasuba said...

sayuu je dengar kan. sekarang ni dah la susah nak cari lelaki yang mcam tu kan. yang ade pun kebanyakkannye msti tak mengaku isteri dah. mesti maki hamun punye.. tapi.. *sebak*

cehceh eyka emo. hehe btw lagu tu abah eyka suke pasang dan nyanyi! :)

sOmEtHiNg AbOuT Farah Mukhlisa said...

ya Allah....kesian si isteri tu..huhuhu....smoge kite jauh dr semua itu...smoge kita bisa menjadi isteri solehah...sesungguhnya, syurga seorang isteri terletak dibawah telapak kaki si suami....

nhmnrh said...

hanem

kann? sedih sangatt. knp tk jaga diri utk suami? :(

eyka

tau tkpe susah. dah dpt suami sikit punya baik mcm ni... tk tau kakak tu nk apa lagi. tp ye lah, kita bukannya tau apa masalah diorang kn.

tk boleh dgr one side of story je. mungkin kakak tu ada reason sendiri --> tgh cuba bersangka baik T___T

wahaha. mesti best kn abah eyka nyanyi? ;p

farah mukhlisa

tu lah, kesian untuk isteri tu. kesian juga utk si suami. :( yup, mintak dijauhkan.

ameen, insyaAllah.

:)

aat @ paat said...

ish sdihnye cite die....
xsangke lak en...
tp lagu nie mmg bez!!
ibu ak ske gle lagu nieh...
k nuha.. insya-Allah u'll be the great backbone to ur husband... (^___^)

nhmnrh said...

kan paat kannn? serius aku sedih gle kotttt. :( tk tau knp. mgkin sbb suami dia baik sgt kot. aku jadi jeles plak, huhu.

hihi, tu la pasal. lagu ni mmg menyentuh btul.

thankyou so much fr the doa, paat. :') insyaAllah, i'll try my best. kau sbgai kawan aku dunia akhirat (insyaAllah), jadi suami yg soleh utk bakal isteri kau ok!

klau tak, tau lah nasib kau camne. wahaha, aku dh emo kat kau plak! ;p

♥ m1ss s7rAwb3rrY ♥ said...

dpt suami baik..isteri plak bt hal...isteri baik..suami plak bt hal..ape lg yg mnusia nk dlm hdup..??

memang ALLAH sengaja menemukan kita dgn org yg salah supaya apabila kita btemu jodoh yg sbenar,masih ada rasa syukur kita pd ketentuanNYA..

tp...ble da dpt anugerah suami yg baik..sang isteri patut b'syukur sgt2..dedah sne cni smata2 nk komen dr lelaki yg tah ape2..akhlak rosak,xelok..ape la yg dye nk...astarghfirullahalazim...bodoh ke bangang pmpuan 2 xtau la...smoga sang isteri 2 sedar akn kslhnny & Turn to Allah...He is never far away...

nhmnrh said...

couldn't agree more with ur words. hidup mmg kdg² macam tu kan? :) && love the 2nd paragraph, dear! tp nak kata jodoh salah pun tk boleh juga... mgkin ada silap di mana².

huhu.

smoga kita berdua & ppuan² lain jauh drpd lakukan prkara ni pada suami kita nnti, insyaAllah.

:)

W M Najib said...

naudzubillah.

i just can't imagine if i had a wife like that.

but who knows. if I really got one as Allah really want to test me.

3ala kulli hal, minta jauh lah semua ni.
amin


gd luck nuha!

nhmnrh said...

insyaAllah, ppuan yg baik kan utk lelaki yg baik? insyaAllah, percaya pada janji Dia eh. but like u said, klau Allah nak uji, harap dapat bimbing dgn sabar isteri tu nanti.

syurga dia ada pada awk. *senyum. ameen, insyaAllah.

thanks, najib!

AnaMujaddid said...

Assalamualaikum.

Berdasarkan apa yang diceritakan, memang menyedihkan.

Inilah akibat apabila perkahwinan atau pernikahan itu dilakukan bukan pada dasar agama.

Sesugguhnya Nabi S.A.W bersabda dalam
hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana harta bendanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, maka kamu akan beruntung

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Zaman sekarang orang melihat pada perkara tidak disarankan oleh Rasulullah S.A.W. Mungkin ini akibatnya.

Walaubagaimanapun, jodoh dan pertemuan itu dibawah pengetahuan Allah Azza Wajalla. Setiap ujian yang berlaku dalam hidup merupakan tarbiah bagi kita untuk menjadi seorang insan lebih baik.

Wallahu'alam.
Sekadar peringatan buat diri sendiri~

nhmnrh said...

waalaikumsalam.

mungkin betul kata saudara, pernikahan dilaksanakan bukan atas landasan agama... tp siapalah kita utk menilai, kan?

hmmm. ya, ana setuju. jodoh itu rahsia Allah yang paling indah.

terima kasih utk peringatan ni. Jazakallahu khairan.