Friday, July 30, 2010

mungkin Allah belum bagi izin.

Pagi tadi, kurang lebih pukul 7.10 pagi, ini berlaku. Tak pasti nama persiaran roundabout tersebut tapi untuk kamu yang tinggal di Shah Alam, kejadian berlaku di roundabout nak menghala ke Masjid Biru.

Alhamdulillah, mujur nyawa masih ada pada jasad.

Macam tak perlu nak cerita semua tapi cukuplah untuk kamu kamu tahu kalau aku tu yang ada di ruang pesalah. Dan kereta Proton Waja milik seseorang menjadi mangsa... Tapi kereta kesayangan aku yang lebih teruk rasanya.

Tapi yang salah tetap salah, kan?

Alhamdulillah juga, abah dah berbincang elok dengan uncle pemilik kereta yang jadi mangsa ke-tidak hemat-an aku memandu. Kalau dibuat report polis, sistem KEJARA boleh demeritkan aku 15 mata dan paling naya, lesen P boleh dibatalkan serta digantung 12 bulan.

Allahuakbar.
*tarik nafas panjang*
*hembus*

Ini antara pengajaran yang besar dalam semua pengajaran. Untuk aku belajar rasa bertanggungjawab atas kesalahan aku mungkin. Dah besar, dah 19 tahun, takkan nak lari kan? Tapi aku masih seorang anak gadis yang perlukan bantuan abah uminya.

Sikit di sana dan sini.
:)

Cumanya sedih dan sedikit terkilan. Aku terpaksa melepaskan peluang untuk menabur bakti menjadi fasilitator Program Kem Smart Solat di Gombak untuk remaja sekaliannya. Bukan rezeki aku mungkin, dan mungkin saja Allah belum kasi izin.

Mungkin belum lagi. Mungkin bukan sekarang.

Aku percaya, setiap yang berlaku tu ada hikmahnya walaupun aku belum nampak apa hikmah untuk aku tak turut serta jadi fasi ni. Rasa terkilan tu masih ada. Aduuuh, macam mencucuk cucuk dekat hati.

Tapi takkan bila uncle tu datang rumah nak settlekan esok, aku tak ada pulak. Hmm.

Bukan rezeki kamu, Nuha. Sabar lah, cahayaku. Tawaran program yang akan datang mungkin lebih baik. Siapa tahu, kan?

InsyaAllah, insyaAllah.
:)

6 comments:

aat @ paat said...

Ya Allah... berat jge ujian mnimpamu nie nuha.... innallaha ma'a ssobirin... Allah bsama org2 yg sabar... (^____^)

syarifah radiah ibrahim said...

HE knows what's the best for you.
:)

dai-chan of luck said...

be strong kak!
hadapilah musibah dengan sabar dan solat
:)
Kalau sy kena musibah kan,
sy rasa bertuah jgk, Allah suruh kita igt Dia
maknanya Dia syg kita kan?
Allah itu Maha Adil
:))

lAdY zAnA said...

sabar..yg penting nuha selamat. xde ape2.. :)

W M Najib said...

Allah uji la tu.
dun wory.


dah lama tak bawak kereta. cuak pula rasanya

-_-"

nhmnrh said...

paat

thanks, paat! i really need that. *senyum*

kak radiah

i know. hehe. Dia tahu semua, kan kak?

:)

hidayah

thankyou hidayah! bertuah sgt rasanya dpt kata2 semangat dr adik akak yg sorg ni, hehe.

insyaAllah kak nuha akn terus sabar.

:)

kak zana

thankyou sis! :')

najib

insyaAllah, tk risau dah. huhu.

uih, mula2 pun cuak tau. 1st day bawak kereta dh dpt hon percuma T___T