Monday, July 12, 2010

bukan untuk mencari kelemahan.

Aku perasan ada bezanya antara lelaki Melayu di luar negara dan lelaki Melayu di Malaysia. Chop! Aku sekadar nak membandingkan, itu saja. Tak ada niat nak mengecilkan hati sesiapa. *senyum. Maaf kalau ada yang rasakan fikiran ini tak wajar untuk dituliskan.

Lelaki Melayu dekat luar negara lebih protective. Percaya tak?

Diorang lebih ada 'rasa' untuk melindungi perempuan daripada segala jenis bahaya. That's kind of expected, you may say. Tapi bagi aku, senario 'ikhwah-protect-akhwat' sesuatu yang baru untuk aku tengok. Mungkin sebab I don't used to live in such way with such guys.

:)

Dan lelaki-lelaki ni (walaupun bukan semua), Alhamdulillah selalu jugak cakap 'boleh' 'okay no hal' 'aywah' 'sure' setiap kali kalau ada akhwat yang mintakan pertolongan diorang untuk meneman pergi kemana-mana yang appropriate terutamanya waktu malam macam pergi tuisyen (ini paling kritikal sebab kena lalu Syari3 Gala' yang penuh tragedi -.- huhu).

Yang paling menterharukan, kadang-kadang kami akhwat ni tak perlu nak mintak dimusyrifkan pun. Lelaki-lelaki tu dengan rela hati tawarkan diri mereka jadi musyrif. *senyum. Serius terharu dengan mana-mana lelaki yang buat macam ni.

I've experienced once. *senyum.

Terima kasih ye. Semoga Allah merahmati niat dan jasa baik kalian. Musyakkar awi wa jazakallahu khairan kathira fi kullu. InsyaAllah, doa-doa dan ucapan terima kasih para akhwat akan terus mengiringi langkah kamu kamu lelaki yang sudi menjadi musyrif buat kami.

Cuma satu soalan. Agak-agak bila balik Malaysia sikap melindungi tu masih ada tak? Err, am just asking, nothing personal, no offense. *sengih.

*******

Serius, aku kalau boleh memang tak nak bukak lagi the so called 'pandora box' yang penuh dengan kisah hitam yang berselirat segala macam jenis rasa. Tapi. A, if you happened to read this eventually, perlu ke awak bukak balik kisah lama kita tadi? Perlu ke awak balas wallpost saya pada wall fb awak yang bertarikh 27 November 2009 tu?

Awak rasa masih relevan untuk diucapkan kata rindu dan kata maaf pada ketika ni? Saya tanya awak ni A. Relevan lagi ke? Maka untuk apa semua kata-kata awak tu...? Sungguh saya nak tau.

I left you for the sake of Allah Taala, remember A? *senyum. Dan saya tak pernah menyesal buat keputusan tu. Awak sendiri dah pilih jalan awak selepas tu.

Kan A? Kan...?

3 comments:

W M Najib said...

kami anggap akhawat sperti kakak serta adik kami sendiri. sebab tu kami cuba jaga betul betul.kalau boleh, kami tanak tengok orang arab sentuh akhawat. lagipun, syabab mana yang boleh tengok saudara perempuan dia kena kcau ?

:)

wakil ikhwan Jordan.
LOL.

nhmnrh said...

seronok kejap dapat baca pandangan dari wakil ikhwan Jordan. ;) Alhamdulillah, thanks ye najib. err, itu utk jasa baik awk & ikhwah lain yg jagakn saudara sejantina saya kat jordan tu.

huhu.

Nurulhana2000 said...

Masa umi belajar di US dulupun the brothers were really protective towards us. When we traveled together and we needed to go to the restrooms, they will guard the door just to make sure we were safe ... we really felt grateful.