Friday, July 23, 2010

aku jadi teramat cemburu.

Kadang-kadang, sampai satu tahap dalam hidup, when you are reaching the end of your youth days and adolescent phase I would say, kau akan jadi terfikir. Apa sebenarnya yang dah kau lakukan selama kau pegang gelaran 'remaja'.

At some point, semua orang pun akan lalui benda ni lambat laun. Aku sedang ada dalam situasi tu sekarang.

Situasi yang buat aku terberhenti sekejap di tengah jalan hidup dan menoleh ke belakang, untuk muhasabah balik apa yang aku dah buat (walaupun bukan semua) dengan hidup yang Allah Taala pinjamkan ni.

Tak banyak pun yang indah.
Bukan semua mampu buat aku rasa lega.
Sikit pun tak menjamin kalau nyawa aku ditarik sekarang, Syurga yang menanti di sebelah sana.
.
.

Bayangkan, lah. Darah tengah muda. Ponteng sekolah? Zaman Samura dulu Sick Bay dah jadi rumah kedua. Ponteng kelas? Waktu Fizik je pergi makan kat kantin. Err, panjat pagar keluar sekolah tak sempat -.-"

Ini baru sikit atas tiket tak nak bukak pekung sendiri.

Ya Tuhan. Apa saja yang dah aku bazirkan untuk hidup yang Kau pinjamkan hampir 19 tahun ni? Apa saja yang dah aku lakukan untuk tunjukkan aku bersyukur atas semua nikmat yang Kau bagikan? Apa saja yang dah aku korbankan untuk menegakkan agamaMu, Tuhan?

Sesungguhnya aku cemburu dengan kamu kamu yang sejak kecil lagi sudah kenal siapa Tuhan kita secara dekat. Aku jadi cemburu dengan kamu kamu yang berjaya lalui zaman remaja yang penuh dugaan itu dengan kepercayaan kalau Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.

Dan aku cemburu dengan kamu kamu yang mengisikan fasa keremajaan dengan mengutamakan benda yang sepatutnya dan tak melibatkan diri dalam cinta antara manusia.

*terdiam.
Anyways.

Aku jadi pelik kalau ada yang kata, "Alah, aku tak tutup aurat tapi at least solat aku cukup. Yang pakai tudung tu, kau ingat diorang semua baik sangat ke? Kadang-kadang lagi teruk dari aku."

Tak dapat nak nafikan, pandangan ni ada juga betulnya. Tapi aku nak tanya. Apa definisi 'baik' untuk kamu...?

--> Bila kita buat semua apa yang Allah suruh, dan tinggalkan semua apa yang Allah larang.

Jadi kalau yang solatnya cukup tapi tak menutup aurat, itu belum cukup baik. Yang menutup aurat tapi tak menjaga solat, itu belum cukup baik. Yang cukup solat, yang menutup aurat tapi ikhtilatnya tak dijaga, itu juga belum cukup baik.

:)

P/s: Masih lagi mencuba dan akan terus mencuba, insyaAllah. Juga mengharapkan iringan doa-doa kalian.

8 comments:

tepianmuara said...

wah.

yup.
Rasa yang sama.
kadang terfikir juga, istilah 'remaja' ni lah yang buat saya leka dengan rasa 'belum dewasa'.

dalam islam, kita ada akil baligh, semua sudah dipertanggungjawabkan. sepatutnya kita memang sudah sedia 'dewasa' lah kan?

Att Ashburn said...

salam nuha.
sejujurnya kan. kalaulah nak diceritakan zaman jahiliah tu. kalaulah Allah nak cabut nyawa waktu tu. syukur, tarbiyah saya dapat kat sini. kat bumi yang majoritinya penduduk bukan Islam.

zaman nak jadi cool. zaman rasa macam cool. zaman rebel, nak free hair sangat. semua tu, harapnya ada pengajaran buat saya. Moga Allah redha keihklafan sy selama ni.

alhamdulillah, tak terasa sangat kosongnya jiwa macam dlu. dulu kata je lah belajar kat sek agama, fahamnya tak pun. alhamdulillah, at last Allah beri juga kefahaman tu. kalau tak dapat? nauzubillah.

sama2 istikamah :)

Anonymous said...

ade hikmah kenape kite lambat mengenal Allah dgn lebih dekat.
kite lebih menghargai once kte da paham.
kte lebih memahami org yg skrg ni macam kte dulu.mungkin drpd tu,kte lebih tahu macamane nak ajak dorang,dan buat dorang paham.sebab kte penah berjiwe macam dorang.

W M Najib said...

skoong kata kata anonymous.

betul.!

nhmnrh said...

tepianmuara

itulah. kan dah kata, lambat laun semua org akan rasa. huhu. bila awk dh bentangkan mcm ni, betul jugak ek.

sepatutnya masa tu dh sedia tahu yg kita dh dewasa. unfortunately, saya yg dulu & mereka mereka skrg kebanyakannya belum sedar lagi.

:(

nhmnrh said...

kak att

Tuhan je yg tahu macammana cemburunya nuha pada kak att. hihi. bkn cemburu apa, cumanya sis mampu bangun di celah² org yg sikitpun tk ada fahaman ttg Islam.

& I admire that. :)

Ya Allah betuuuul. dulu sek agama tp tk rasa apa. mcm benda yg belajar tu tk bg apa² makna pun. haih.

yup, semoga kita tetap 'standing', insyaAllah.

nhmnrh said...

anonymous

Terima kasih utk kata² awak. at least I dont feel bad about myself lagi dah. *senyum. && I do believe setiap apa yg pernah berlaku tu ada hikmah tersendiri.

People always take things for granted. Nikmat Islam & Iman tak terkecuali.

& yes, bila ada masa lalu... saya akan lebih hargai apa yg saya ada skrg.

najib

he he he.

syarifah radiah ibrahim said...

yuppie sokong anonymous jugak.

lain orang, lain masa dan caranya kan?
inshaAllah, terus berusaha untuk menjadi lebih baik.
:)