Sunday, June 27, 2010

What a Difference a Day makes.

Malam terakhir berenam bersama- Husna, Syifa, Chitah, Echa, yours truly & Bella.

Scratch the previous entry. That was not even close to an 'ini-entri-terakhir-saya-dari-Egypt-T____T' entry. My last entry in Egypt deserves something full with emotions and thoughtful than those words I used in the previous entry.

*That took me long enough to realize tho. Aigoo.

Maaf, tapi beradanya aku di Mesir selama sembilan bulan ni membawa makna yang lebih dari sekadar aku datang sini belajar untuk jadi seorang doktor. What Egypt did to me, it is beyond what you could ever imagine. Ever.

What Egypt Did To Me.
  • Sebab ada dekat Egypt lah, skill memasak saya dapat sampai tahap "emmm-boleh-tahan-sedap". Alhamdulillah, *senyum* Lepas tu dah pandai brain storming hari ni nak masak apa, hari ni nak masak apa untuk housemates.

    Kalau kat Malaysia memang liat.

    Nasi goreng pun kalau boleh nak suruh Afnan yang masak. Ice blended Milo pakai ugut 'Ammar je. -.- Mood rajin datang baru jejak dapur tarik keluar periuk belanga memasak. Menyedihkan, I know.

  • Saya dah boleh hidupkan api dapur guna mancis!! (baca dengan nada menjerit) --> wahh, ini teruja sakan ni. :D Serius lah awal-awal dulu nak memasak je kena panggil Chitah hidupkan api. Semuanya sebab takut terbakar jari, eceh.

    Alhamdulillah, makin lama makin suka pulak bakar mancis, hahahah.

  • Dah boleh mop lantai tanpa ada rasa geli geleman dan siap cepat dah tak lambat terkedek-kedek macam dulu. Mop ruang tamu je dua jam apa kes. *Menangis acah-acah sekarang.

  • Memperkasakan kesabaran yang sejak awal lagi memang tipis. Terima kasih la kepada pak arab sekaliannya yang suka sangat menipu atau mengenakan aku atau mengacau aku bagi salam tak mau mau.

    Because despite of all the hatred and sumpah seranah, I learned how to be more more more more and more patience towards anything that come to my face.

    Ya, sebanyak tu.

  • Terima kasih kerana ajar aku untuk jadi kurang selfish dan fikirkan mereka yang lebih memerlukan dari aku. It means a lot to me. *senyum kecil*

  • Egypt changes me to be a better Muslimah, that is. I am still in progress, of course. Masih banyak cacat cela sana sini dan tak ada apa yang nak dibanggakan. :) Terima kasih, Ilahi.

  • Dah boleh beli barang dapur dan pergi pasar sendiri. A big improvement, I would say. Dulu teman emak pergi pasar setiap Ahad pun kalau nak beli majalah atau Nasi Lemak kegemaran kesayangan. Hehe.

  • Reti nak bandingkan harga barang bila pergi kedai runcit lepas tu pilih barang yang kualiti tak kurang dari yang berjenama tapi murah sikit. *Kejadian ni tak selalu berlaku, -.-

    I still think the original is the best tho. *shrugging.

  • Televisyen bukan segala-galanya asalkan ada laptop. :p Aku rasa budak overseas ramai yang setuju ni. *Aku rasa, lah. Aku dah lama tak ada nafsu dengan kotak yang bersuara heh. Padahal dulu duduk depan tv 6 jam tanpa henti pun sanggup je aku.

  • Dah boleh hidup berdikari pergi kedai sorang-sorang, pergi gam3h sorang sorang. Kalau dulu semua tempat pun nak berteman. Afnan lah jadi mangsa, hihi. Ohh, aku dulu tak ada hidung. :p --> hiperbola!

  • Dah reti nak buat pengorbanan semata-mata untuk study. Korban masa, tenaga, duit, air mata... You name it. Tak, ini bukan bongkak takbur riak ujub dan apa sebagainya.

    Cumanya, Nuha Muneerah yang aku kenal dulu tu, dia lebih pentingkan diri sendiri. Itu saja. *senyum*

All in all, Egypt teaches me about life. Itu perkara paling besar aku kira. Kalau aku masih ada di Malaysia... mungkin jalannya ada sikit payah. Boleh tu boleh. Tapi aku akan perlukan kekuatan yang lebih dari yang aku perlukan sekarang. Wallahua'lam.

Surrounding ni banyak membantu sebenarnya. And I'm blessed by the fact that I'm here, dikelilingi oleh mereka-mereka yang pentingkan akhirat tapi masih tak lupakan dunia tentunya.

Memang, apa yang berlaku zaman jahiliyah aku dulu tu semuanya ada hikmah tersendiri. Dan kenapa aku ada kat sini (Mesir), aku dah ada jawapannya. *sengih*

Terima kasih, Mesir.
Terima kasih kerna mematangkan saya.
Terima kasih untuk semuanya, untuk segalanya. *senyum*

Jangan rindukan kehadiran seorang Nuha Muneerah okay, Mesir *sengih lagi* I'm leaving you for 3 months, I supposed. For a better or for worse, I really wouldn't want to know. But I'll be back in Egypt paling awal pun... 1 oktober, paling lambat 10 oktober, insyaAllah. Kalau Allah izin.

Anyways.

Dah selamat pindahkan barang ke rumah baru, Alhamdulillah. Thanks to Zaki, Faiz (aka Bem), Eddy, Hafiz, Amir dan Ezwan~ Korang memang terror lah. Barang punya banyak punya berat angkat punya sekejap *tabik hormat. Jazakallahu khairan kathira! *sengih*

P/s: Ini baru balik dari dinner dekat Ketchup dengan housemates kesayangan sekaliannya dan our beloved kakak SC; Kak Azyy for the last time, :'( Sayang korang sangat-sangat! To Cuna and Bella, walaupun next sem dah tak sama rumah, hopefully ukhuwwah kekal sampai bila-bila yeaa. *senyum kecil tahan air mata*.

3 comments:

Att Ashburn said...

salam nuha. Ya Allah, bestnye dapat balik msia hehe..
-sy smpi bosan dah tak tau nak masak ape duk sini haha...
-tv bukan segala- galanya asalkan ada latpop. setuju sgt dah haha...
- dan saya pun dah faham kenapa saya ada kat NZ ni...

have a safe journey. kirim salam msia ye :)

nhmnrh said...

wassalam kak att. :)) hehe Alhamdulillah dpt balik. tp berdebar la pulak. dh 9bulan tk balik, kan. huhu.

duk oversea ni mmg ape jnis masakan yg tk prnah dimasak smua nuha try, ngahahahah.

yaaay~ ada gak rupanya org yg stuju tv tk penting eh, hehe.


thankyou fr the wish ye sis. insyaAllah, akan dikirimkn salam tu. :))

arelynn said...

Nunu ...
sgt setuju tv tak best mana pun ...
dulu duk hostel pun .. yang penting .. lap top ... buku .. baju .. katel ... .. kawan2... hahahahah ..
selamat balek mesia yeah ...
mmg luas berjalan byk pengalaman ...
Macam Nabi dulu pergi berdagang kan ..
Insya Allah ... ;p