Saturday, June 19, 2010

Rasa "bahagia" untuk kamu?

Bahagia.
Apa-Siapa-Bagaimana-Di mana-Bila; bahagia untuk kamu?

Tahu tak, kamu tak perlukan seorang kekasih untuk rasa bahagia...? Untuk rasa disempurnakan, untuk rasa dilengkapkan. Beruntunglah kamu kamu yang dah tahu sejak dulu. Aku? Baru tahu dan sedar these past few months. *sengih sinis*

Kekasih dan Yang-halal-buat-kamu tu ada distinction yang sangat luas. Jangan disamakan walau sekali. Lagi-lagi lah untuk orang yang rasakan kekasih tu dah macam suami sendiri. *Ayat ini tak ditujukan untuk siapa-siapa melainkan aku yang dulu.

Untuk yang terasa sama, 'Sirotul Mustaqim' untuk kamu masih ada.
*senyum lembut*

Seorang anak mendapat mainan dari si ayah, dia tertawa. Tawa itu tawa bahagia.

Di tepi pantai, seorang lelaki berlutut dan mengeluarkan cincin dari poket seluarnya dan berkata: "Will you marry me, sayang?" Si gadis mengangguk sambil tersenyum lebar. Senyum itu senyum bahagia.

Seorang bayi baru lahir ke dunia, dia menangis, ibunya pun menangis. Tangisan itu tangisan bahagia.

Setiap orang tu definisi bahagia dia lain-lain dan datang dalam bermacam cara. Ada yang dengan makan pun dah rasa bahagia (macam aku, huhu). Tapi asalnya, rasa bahagia itu dikurniakan oleh siapa...? Aku tanya.

Dulu aku rasa kalau tak ada kekasih kat tepi, rasa macam hidup ni kosong, hati ni sepi. Rasa semua benda pun tak kena. Tu yang baru dua hari break dah ada pengganti, haha. *Sebenarnya nak gelak sakan tapi 'haha' pun dah cukup ye tak?

Sekarang, amazingly as it sounds, I feel most content even without having anyone by my side. Lebih bahagia daripada saat berdua. Terpulang pada kamu untuk percaya. I don't have to prove anything to you, as a matter of fact.

Yang aku tahu, hati ni dah terisi. Penuh. Dengan rasa yang ada untuk Allah Taala dan Kekasihnya. Tapi masih punya ruang untuk jodoh aku, insyaAllah. *sengih*

Ceh, nak jugak selit tu. Kang nanti ada orang tu tegur aku tanya ada petanda ke asyik cakap pasal pasangan. *gelak nakal* Heeeee, tumpang lalu ye saudara! Tak perli pun, sengaja tambah bagi ayat ada perisa. Mintak halal.

Untuk aku, bahagia tu ada kat mana mana je asalkan kamu reti nak 'Alhamdulillah wa syukurillah' dengan semua nikmat yang Allah Taala beri atau pinjamkan. :)

Selalunya kita mengeluh dengan apa yang kita ada, sentiasa nak punya sesuatu yang menjadi milik manusia lainnya. Kenapa...? Aku tanya. Saya tak secantik A. Saya tak sekaya B. Saya tak sepandai C. Itu ayat rungutan biasa. Kan.

Kawan, di atas gunung tu masih ada gunung. Maka tak payahlah selalu nak mendongak ke atas. Kadang-kadang, kita kena tolehkan kepala ke bawah, biarpun gayat, kerna masih banyak orang yang lebih bawah dari kita.

Apa kamu sudah lupa?
.
.

Anyways, ini tag dari CikMistry. Err, I'm answering the tag because I find it to be somehow related to the 'happiness' I'm blabbering about in this entry. Heheee.

1. Adakah anda happy sekarang?
; I can say, I guess. Alhamdulillah, more than ever. :')

2. Kenapa anda happy?
; Errk. Perlu eh alasan untuk gembira?

3.Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
; Bergantung pada situasi, I would say. Tapi macam aku cakap, selalunya makanan pun dah lebih dari cukup dah, hihi.

4. Pernahkah anda menerima tag?
; Ye saya.

5. Nyatakan warna yang anda suka.
; Paling suka merah. Tapi sekarang dah mula tanam minat pada ungu. :)

6. Beritahu 9 orang yang anda mahu tag
; Err, sesiapa pun boleh pun boleh.

7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
; Orang yang rajin dan baik hati. Heheee.

8. Adakah anda happy dengan apa yang ada?
; Ana mabsouteen awi dilwaqty, syoukran. *sengih*

2 comments:

W M Najib said...

eheem2..



semoga ceria selalu ye~

nhmnrh said...

*telan liur*
aikkkk, terasa ke? tang mana tu eh? :p

hehe terima kasih! will do~