Sunday, June 13, 2010

The price I've got to pay.

Banyak yang dah aku cakarkan pada blog ni sejak aku mula menulis dua tahun lepas. Rasanya kalau Bieyto ni manusia, dia antara orang yang paliiiiiiiing banyak simpan rahsia aku. Juga antara orang yang dengar masalah aku tanpa harapkan apa-apa balasan, tanpa menilai aku daripada apa yang aku cerita dan kisahkan. :')

Serius, aku rasa Bieyto ni boleh jadi kawan aku yang paling ideal.

Bila baca balik hasil tangan aku yang lepas-lepas, aku jadi malu sendiri. Tak sangka aku yang dulu tu suka sangat tulis benda yang bukan bukan. Banyak benda yang tak ada faedah. Benda yang lebih terarah kepada hati dan perasaan.

Tentang suka orang tu, kemainlah aku duk mengiaskan perasaan. Macam semua perkataan dalam kamus dewan bahasa pun takkan pernah boleh cukup. Tentang marah orang ni, punya berapi ayat aku macam nak bagi orang yang kena sembur tu terdiam for ever!

Macam budak-budak betul. *Aku ye, bukan kamu.

Kalau tak kira yang aku memang nak jadikan setiap kisah dulu tu satu pengalaman dan pengajaran untuk aku yang esok harinya, memang dah lama aku kasi padam hasil tangan yang entah apa-apa tu. Dan, aku tak pernah kisah pun kalau ada yang suka membelek entry-entry lama aku tu, sikit pun tidak.

Cumanya, kadang-kadang rasa macam maruah kegadisan aku kena tenyeh-tenyeh dek mata mata yang membaca entry entry lama aku. Haih. *Aku memang tahu siapa yang membelek hasil tangan zaman lampau aku ye. Sentiasa tau.

Macam aku cakap, setiap orang ada zaman jahiliyah mereka masing-masing. Kalau kamu tak ada, aku ucapkan tahniah, dan serius kata aku cemburu! Kalaulah aku macam kamu, kamu dan kamu... Kalau, lah. *senyum lesu*

Dan biar aku bagitau sekali lagi. Setiap khilafnya aku dulu tak ada apa untuk dibanggakan! Setiap saat dan waktunya sekarang, aku peruntukkan untuk bayar setiap kekhilafan masa lalu. I'm taking a baby steps here, in case you hadn't noticed.

Payah memang payah. Tapi aku kena lunturkan balik apa yang dah hitam dan keraskan hati aku ni. That's the price I've got to pay for the wrongdoings I've been letting myself to do all this while. And I'm willing to pay for them no matter how much they cost me, kalau diiizinkan Ilahi.

Sebab tu aku nak mohon, pada kamu kamu kamu yang dirahmati Allah sekaliannya insyaAllah, kalau terpandang atau terbacakan entry yang penuh dengan ayat kekhilafan dari aku, (zaman raknya percintaan aku dulu misalnya), mintak tolong ambil kisah perasaan aku sebagai seorang gadis.

Mintak tolong sangat.
Tolong pedulikan perasaan aku.
Tak kisahlah apa pun yang kamu lintaskan dalam fikiran,
Tak kiralah apa ekspresi wajah yang kamu bagikan,
Whenever you encountered with such entry of mine.
Mintak tolong sangat.

Although I frequently said that I chose what I wish to show you, there will always be the times when I wrote something inappropriate as I used to write according to what my heart desires. Ikut hati, mati. That's what they say. *ketap bibir*

Nak berubah ni memang sakit. A lot of things that seems to be a microbe to me every now and then, become one of my highest priorities to be taken care of all of the sudden. *senyum lesu lagi*

Kadang-kadang memang penat. Penat sangat. But I can't stop after all the efforts made, can I? Do not ever let yourself down, cahaya. Allah will always forever with you, accompanying every hard steps that you took for the sake of Him.

You do know that I love you, don't you girl? *sengih*

3 comments:

Emilia Emira said...

love this post!!truly..
<3

Att Ashburn said...

salam nuha..
see, i used to regret things i wrote down in my blog as well..like when I condemned my friends using blog hehe..

tapi kan, benda ni sume mematangkan kita. ada satu entri sy tulis, kenapa aku tulis blog. Sebab sy nak reflect hidup sy yang dlu. Boleh jadi benda yg sy suka waktu tu dan sy tulis, skrg ni sy jadi tak suka. So, blog in a way, as muhasabah diri jugak for me..

nak buang entri-entri lama? mungkin tak. sebab tu semua memory. basically boleh delete tulisan, tapi apa dalam hati, dalam minda, orang tak boleh erase suka2 hati...

yes, sume org ade zmn jahiliah dia. I have mine. mine are worst. but thank God I have my second chance.

teruskan blogging oyeah!! hehe

ukhwah fillah :)

dai-chan of luck said...

salam, hehe.
sy ada jugak belek2 post yg lama2.
maaf la kalau tak suka :)

Tapi stp orang ada zaman silam,
kadang2 kita tak mahu padam biar jadi pedoman,

Saya punya post dulu pun banyak yang mengarut, tapi sy tak kisah, sebab nanti bila sy makin besar, sy akan nampak bagaimana perubahan dalam diri sy.

Saya minat belog ni! cuteee! Heee~ teruskan menulis, semoga berjaya dunia akhirat. ;DD