Saturday, June 12, 2010

Kita dan Tiang Agama.


Ini sesuatu yang aku ingin kongsikan daripada status Facebook rakan seperjuangan; 'Ammar Ziyadi. Err, 'Ammar, mintak nak copy ye ayat status Facebook tu, hehe.

Rasulullah s.a.w. memberi peringatan supaya jangan meninggalkan solat berjemaah tanpa uzur. Di antara hadis yang memberi peringatan ialah;

Sesiapa yang mendengar panggilan azan tidak ada sesuatu uzur baginya untuk menyertai solat berjemaah itu maka tidak diterima solat yang ia kerjakan sendirian itu.

Ketika ditanya apa uzur yang dimaksudkan itu, Rasulullah s.a.w. menjawab; Penyakit atau keadaan yang menakutkan.

Takut taaaak..?

Pertama kali baca aku dah rasa seram sejuk. Dan aku suarakan kerisauan aku pada 'Ammar, almaklumlah, kita sebagai akhwat ni kadang-kadang payah sikit nak ke masjid ye tak? Lepas tu kalau kat Mesir ni surau surau tu biasanya memang tak ada tempat untuk perempuan. Kira memang jarang sangaaaaat nak tengok perempuan ada dalam surau/masjid kat Mesir ni.

Dan 'Ammar jawabkan ini pada aku:

"Lebih baik kita solat berjemaah berimamkan imam yang bagus bacaan dan khusyuk sebab belum pasti solat yang kita tunaikan itu betul dan sah. kalau akhawat solat kat rumah berjemaah pun takpe, ikhwah pergi masjid."

:) Alhamdulillah. Baru lah lega sikit hati aku. So, pada para ikhwah tu, rajinkanlah diri pergi masjid ye! *sengih* Banyak kelebihan yang aku pasti kamu kamu semua dah tahu. Lagipun, sikit pun tak rugi bila kita peruntukkan masa untuk ke rumah Allah.

Kan?
Wallahua'lam. Aku cuma kongsikan apa yang aku tahu je. :)

Sebenarnya kalau nak diikutkan, aku sendiri masih jauh dalam nak konsistenkan diri dalam solat berjemaah. It's rather sad, really, but that's the fact. Kalau kat Malaysia, selalunya solat berjemaah bila waktu Maghrib je dengan keluarga. Itu pun kadang-kadang. Lebih suka nak mengurungkan diri dalam bilik untuk bersolat.

Di Mesir ni pun, masih jarang, masih kadang-kadang. Berjemaah dengan housemate pun sekali sekala je, bila terasa nak tambah pahala. Haih. Ye lah, masing-masing punya 'waktu solat' berbeza. Ada yang suka solat awal waktu, ada yang suka solat tengah-tengah, ada yang suka solat lewat... Hmph.

Entahlah. Apa yang pasti, diri aku ni masih banyak lagi kekurangan untuk dibaiki. :)

Oyya, gambar yang bawah ni untuk renungan, insyaAllah.
P/s: Aku jealous dengan orang yang boleh laksanakan amar makruf nahi munkar macam 'Ammar niiii. Budak-budak Tutor 5 masa dekat UKM dulu, siapa ingat lagi kejadian dalam bas masa nak balik dari dinner tu? Bila 'Ammar ni bersuara, memang boleh senyap terus semua orang kan? Serius aku kagum.

Mabruk ya akhi. Semoga dakwah kamu berterusan ye, insyaAllah.

7 comments:

W M Najib said...

ammar tu siapa?
dia ad blog tak?

nhmnrh said...

najib

'ammar ni rakan seuniversiti, sebaya, sama bacth, cuma lain course. dia medic regular.

dia ada blog. nak ke?
http://remaja4jihad.blogspot.com

W M Najib said...

ada medic regular dgn medic tak rgular ke?

nhmnrh said...

err, boleh kira mcm tu lah. kat mansoura ni ada 2 course utk medic. Regular dgn Manchester.

yg regular ni, blaja mcm kat skolah. prgi kuliah, ada buku teks, exam bersusun siap dgn oral test lg. mmg payah, sbb tu sgt salute dgn diorang ni smua.

Manchester plak dia ambik modul syllabus dr Univ Manchester, England. ktorg tkde buku, so material bergantung pd bahan yg ktorg cari & slide powerpoint doctors.

stiap mggu ada 1 case. cth mggu tu psal chronic renal disease. so that week blajar smuaaaa psal kidney. anat, physio, histo...

ada pbl, yg ktorg akn listkn objektif case & bentangkn b4 dpt case baru.

kira ktorg blaja tk ikut subjek. exam pun tk ikut subjek.

W M Najib said...

ouh
susah la yang korang punya
all the best!

nhmnrh said...

actually regular punya lg susah kot, hehe.

jazakallah for the wish!

Nurfathin Farhana said...

respect sungguh dgn saudara 'ammar ni..