Sunday, June 6, 2010

Kerlipan Cinta Milik Dia.

Aku tak pernah tahu yang aku akan dapat rasa macam mana nikmatnya dikirimkan kerlipan cinta. *senyum simpul*

Aku rasa apa yang kak Att katakan memang betul.

Bila kita ada di oversea ni, ada tiga benda yang boleh terjadi. Pertama, kau akan berubah menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Kedua, kau akan mula hanyut dan hilang diri sendiri. Atau yang ketiga, kau akan ada di takuk yang sama, statik tak berubah kekal macam tu saja.

Dulu sebelum datang ke Mesir, hati aku ditenangkan oleh Cik Apa, psychiatrist hebat merangkap adik kepada emak. *Minat aku pada dunia psychiatrist datang daripada beliau lah, heee. :)

Macam takyah cerita apa yang ditenangkan tapi yang aku tahu, Allah Taala nak aku ada di Mesir ni, for a definite reason. Dan aku dah bersedia sejak tu. Bila kakak SC tanya "Apa yang awak harap bila dah sampai sini?", aku ada jawapan aku tersendiri.

Aku nakkan perubahan dalam diri aku. Selain daripada cemerlang exam dapat ijazah kedoktoran tanpa perlu ulang mana-mana tahun, insyaAllah. Bukan sekali dua lah aku jatuh bila dah bertekad untuk berubah.

Dan aku pernah berputus asa untuk berubah ke arah kebaikan. Sebab aku rasa aku dah terlalu, terlampau jauh untuk balik ke jalan yang lurus. Aku rasa Allah Taala takkan pandang aku yang hina ni, hambaNya yang masih suka berendam dalam lubuk sumur dosa. Ya, bayangkan macam mana aku dulu.

Nak tahu apa yang terjadi, apa yang berlaku pada aku?
.
.
*Maaf, masih tak sedia nak bukak pekung di dada. Harap kamu kamu mengerti. :) Cukuplah kalau aku katakan, ianya bukan sesuatu untuk dibanggakan. Setiap orang ada zaman jahiliyah mereka.

Ditakdirkan, dalam keadaan yang tak pernah aku sangka, Allah Taala masih sudi mengirimkan kerlipan cintaNya buat aku. *Senyum* Hati yang selama ni aku rasakan sudah penuh dengan titik-titik hitam, diketuk oleh Yang Maha Pemberi Cinta dalam semanis-manis cara. *Senyum lagi*

Ya, aku takkan pernah boleh berhenti tersenyum bila bercerita tentang ini. Tentang bagaimana Allah Taala masih sudi untuk memilih aku, untuk menerima hidayah milikNya. Kamu mungkin takkan tahu rasanya apa, rasanya bagaimana sehinggalah kamu rasakan semuanya sendiri.

RASA YANG LEBIH HEBAT DARIPADA KAU JATUH CINTA.
Serius, rasanya lebih.
Lebih... *senyum lagi dan lagi*
Semua perkataan yang wujud dalam dunia ni takkan pernah boleh jelaskan rasa manisnya bila kau disapa oleh hidayah tu. :)

Dan perjalanan perubahan ni memang penuh dugaan, sama macam yang orang pernah bisikkan pada aku. Makin kuat iman kita, makin galak syaitan nak menghasut ikut jejak langkahnya. Aku tak terkecuali. Sesungguhnya, syaitan itu memang musuh yang paling nyata.

Perkara pertama yang aku tergerak untuk buat bila semua kejadian tu berlaku, untuk menukar tudung yang menyarungi kepala aku. Tapi sayangnya, aku tak ada kekuatan masa tu. Aku gadis yang biasa-biasa, bertudung bawal nipis dan singkat, hujung tudung ditarik ke bahu kiri, ke bahu kanan.

Beberapa minggu aku tak boleh tidur, fikirkan kemungkinan yang berlaku kalau aku berubah secara drastik. Daripada yang suka bergaya mementingkan rupa, tiba-tiba nak bertudung labuh tutup itu tutup ini.

Apa orang akan memandang serong? Apa orang akan mengata? Apa aku boleh istiqamah bila dah balik Malaysia? Ahhh, semuanya memang tak terlepas daripada perkiraan aku...

Alhamdulillah, bila aku suarakan kerisauan ni pada emak dan ayahanda, mereka berikan kata-kata semangat untuk aku teruskan jalan yang aku pilih ni. Thankyou umi and abah, I love you both!

Emak kata; "Kenapa kamu risau apa orang akan kata? Mana lebih penting? Redha Allah ke redha manusia?". Bila ayahanda dah masuk port; "Kamu takyah risau lah orang nak kata apa. Tak kisahlah apa yang kamu pakai, bagi abah tu dah terbaik dah. Yang penting abah redhakan kamu. Diorang tu siapa? Abah ni abah kamu."

♥ :')

Oyya tak lupa. Terima kasih, Tuhan kerana kurniakan aku sahabat macam Nabihah, Husna, Bella dan Farhat yang banyak bagi aku dorongan untuk jadi Nuha Muneerah yang kalian tengok sekarang. I owe you guys a lot! Semoga Allah Taala membalas budi baik korang, insyaAllah. :)

Dan insyaAllah, aku akan cuba terus istiqamah dalam perubahan ni. Akan terus berjuang untuk tegakkan agama yang ada dalam diri aku. Doakan sekali eh? :)

Assalamualaikum.

11 comments:

amar said...

jap2..
bkn ke ko kate xmau onl da?
haha

-hazen said...

ayuh!


aku juga dalam keadaan yang sama.

mari bina kembali diri kita menjadi yang sepatutnya.

tidak boleh masuk syurga dengan percuma. kan?

Att Ashburn said...

salam nuha
Alhamdulillah..suka sangat post ni...
betul2, hidayah Allah tu sangat2 berharga. sebab tu, bila dah dapat, kita kena embrace, jangan tolak, kata tak sedia lagi lah, ape lah....kan?

ohh, you have no idea how much ppl can react when we suddenly decided to wear tudung labuh. sy ingat lg kawan say cakap, "u nak jadi ustazah ye?" sedih Allah je lah tahu, tapi ini jalan yang saya pilih, so saya kena terima...

mula-mula macam tak istiqamah lagi, asyik2 tukar balik tudung kecil, alhamdulillah makin lama makin ok..
actually, yang penting memang menutup aurat, so pakai tudung asal tutup dada dan kepala memang dah betul, cuma nak lebih menjaga diri bila pakai tudung labuh ni... ye kan? :)

Nurulhana2000 said...

Ingat tak lagi kata2 arwah atuk bila Nuha nak keluar dari Samura? "Hidup ini perjuangan"... Perjuangan itu tiada noktahnya selagi hayat dikandung badan. Kita mesti terus berjuang untuk kejayaan dan kebaikan dunia dan akhirat sayang.

huns izzati said...

Nuha I felt like crying after reading this post. Seriously ! It's a big step that you took, and I'm proud of you. I need more strength to do what you did, but don't push yourself okay ? Be the person that you feel most comfortable in. :)

nhmnrh said...

amar

-.-"
ada masa lapang, aku cuma kongsikan apa aku rasa & pengalaman aku. :)

nhmnrh said...

hazen

kyaaaaah~
sgt betuuuuuuul. :)
Tak aci la kalau senang2 je masuk syurga. tak rasa nikmat!
ye tak?
smoga enta terus kuat, ya! insyaAllah, akan didoakan dari bumi Mesir ni.

nhmnrh said...

att

wsalam :) heee thankyou sis!

hidayah mmg sgt berharga! :) Dalam proses nk fikir penerimaan org tu, paling takut kalau Allah tarik balik hidayah tu & tk nak gerakkan hati kita lagi. :(

klau kawan boleh terima lg sis, ini... yg kata ayat2 tajam tu saudara sendiri. sangaaaat sedih! rasa diri teruk sgt pulak smpai tk ada ruang utk berubah.

Alhamdulillah, kat sini nuha ada surrounding yg bagus. bila dh pakai tu mmg tak tanggal2 dah, insyaAllah.

betuuuul. nk menjaga diri. nk jaga maruah, nk jaga pandangan, nk jaga akhlak. pokok pangkalnya SEMUA! heee.

nhmnrh said...

umi

hampir terlupa klau umi tk ingatkan!! :( thankyou umi, akan ingat kata2 arwah atuk tu smpai bila2. insyaAllah.

heee.

nhmnrh said...

hani

Alhamdulillah, thankyou so much fr reading, hani. :) yes, smua ni memang bermakna untuk i. rasa mcm i'm a whole lot better lepas buat perubahan ni.

insyaAllah, kekuatan tu ada dalam diri u! u can do it hani~! & i dont actually push myself regarding this matter, hehe.

semuanya untuk Allah Taala, insyaAllah.

arelynn said...

plg suke ayat ' abah ni abah kamu' ... ;p