Wednesday, June 23, 2010

ini semua pinjaman Kamu.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Penentu kepulangan pelajar medikal kuliah Manchester ke Malaysia dah selamat terpampang petang tadi. Itupun aku tak pergi berkampung depan pintu Syu'un Tullab tu. Semuanya terima kasih kat rakan se-Pbl, Syazana.

Jazakallah ye Zana, hehe. && Tahniah untuk result awak! :)

Beliau yang jadi informer aku bagitau result dah ditampal dekat cermin tu ke belum, lepas tu baru lah aku dan housemate terkedek-kedek membawa badan ni ke Gam'ah untuk sama mengendeng mentengok result yang terpampang jelas sesiapa pun boleh tengok sesiapa punya.

Aih, macam tak biasa.

Tak ada kata lain yang boleh aku katakan selain Alhamdulillah. Terima kasih untuk kejayaan yang Engkau pinjamkan ini, Ilahi. *senyum*

Terima kasih untuk emak dan ayahanda yang tak putus-putus bagi semangat dan berdoa untuk anak dara mereka yang ada di perantauan niii, hehe. Oyya, untuk Amirah Athirah yang tolong ajarkan Immunology (awak ajar memang superb! Betul niiii. Kan Zana?). Untuk Nik Farzana jugak yang banyak tolong jelaskan sana sini.

Untuk teman-teman lain juga, terima kasih banyak banyak! I owe you guys a lot, hihi.

Buat sepupu yang ada kat sebelah ni, tahniah untuk result awak! I'm so proud of you~ Memang nampak awak 'earn' untuk dapat kejayaan kali ni. Ahsantiii~ *kenyit mata* Haha, nak jugak usiiik. xD *buat muka comel*

Untuk teman serumah dan teman seperjuangan yang lainnya, mabruk alaikum for your result! Harapnya keputusan tu setimpal dengan usaha korang semua eh. Untuk yang kurang berjaya tu, mungkin ini ujian yang Allah beri tanda Dia sayangkan kalian.

Jangan pernah putus asa ye sahabat. *senyum*

Kejayaan tanpa usaha satu kebetulan.
Kegagalan dengan usaha satu ujian.
Kejayaan dengan usaha satu kepuasan.
Kegagalan tanpa usaha satu pembalasan.

--> saya yang sekadar mengingatkan diri sendiri. :)

Sekarang dah boleh balik Malaysia dengan hati yang tenang dan berlapang dada (kata emak, hehe) sebab tak payah nak resit paper atau ulang semester. Alhamdulillah untuk semua ni, ya Rabb.

Syoukran giddan. Musyakkar awi.

6 comments:

syifa hanifuddin said...

ahsanti....=)))

syazana said...

mabruk..hahah...
yeay...nanti blehla study same2 lagi...bawakla sy kat tempat yg aman utk study seperti yg dikatakan tuh...:D
jom balik mAlaysia dgn hati yg tenang~~

nhmnrh said...

syifa

huahuahua~ vocab terbaru hari ni ekk. ;)

zana

hehe toche toche! study sama²? bolehhh. :D nk prgi maktabah mubarak ke? next sem ehh hihi.

Fida Jai OWN said...

Alhamdulillah :)

syarifah radiah ibrahim said...

mabruk 'alaik.
:)

nhmnrh said...

fida Jai

:)

kak radiah

hehe syoukran sis! :D jazakallah, hihi. :)