Friday, June 11, 2010

ini kekuatan saya.

Syukur, Alhamdulillah. *senyuuuuuuuuuuuuum*

Kekuatan aku dah selamat tiba di Mansoura semalam dan dah pun berada di Jeddah. :) Okaay mesti pelik apesal pulak boleh sampai dan balik siap berdestinasi kekuatan aku tu, hehe. Ceritanya macam ni.

Semalam exam OSCE. Macam semua budak Manchester tau, patutnya ada jar anatomy yang penuh dengan muscle muscle tuuuu skali rupanya yang keluar cuma gambar kartun muscle. Mahu tak berderai jantung aku mengenangkan betapa punya ramai yang suffer dok pergi muzium anatomy tu hari-hari demi dua belas jar upper and lower limb.

Punya komited semua orang dok membelek jar hafal kedudukan muscle satu-satu siap hafal nombor muscle dalam jar tu skali hah. Mana yang dari muzium tu tak bukak lagi dah terpacak depan pintu muzium, sampai dah nak tutup baru balik... Ini memang kisah tragedi peluh.

Tapi aku tetap bersyukur lah. Buatnya yang jar tu keluar soalan tricky? Memang sah sah lah naya. Dengan berakhirnya exam OSCE yang computerized-oriented tu, kitorang ni cuma tinggal satu paperrr! Satu je tapi ada tiga subjek dalam tu- Pharmacology, Pathology, Microbiology. Huh huh.

Aku mohon Kekasih berikan aku kekuatan untuk tempuh jarak 4 hari sebelum exam Medical Terminology tu datang. 4 hari ni lama taaaau, menjadikan dia tersangatlah bahaya. Buatnya aku rasa 4 hari yang lama tu memang lama, memang kecundang aku di tengah jalan (okay yang ni mendalam maksud dia).

Anyway, ini dia niiiiiii, kekuatan aku.
:)
Emak, dua adik kesayangan, nenek, beserta keluarga sepupu aku; Syifa, datang untuk menjenguk kami berdua. Eh tak, bertiga kalau campur Naim (abang Syifa) sekali. :) Sila lah ignore rumah aku yang takde sangat berupa rumah tapi kami sehousemate tetap bersyukur.

Ye, diorang ni semua datang menjenguk kami teeheehee okay takyah ulang, -.-". Diorang sampai rumah Naim dalam pukul 12 kalau tak silap. Aku dan Syifa masa tu masih terkontang-kanting di depan komputer membelek soalan Microbiology yang tak berkesudahan.

Tiga kali panggil Dr. Hamdia mintak explain apa kehendak soalan pun aku tak faham-faham lagi. Aigoo~ Tapi takpe lah, benda dah lepas. :) Habis je OSCE aku terus call emak dan cakap nak pergi rumah Naim. Almaklumlah, bila lagi nak masuk rumah abang Syifa ni ye tak? :p

Sampai je pintu rumah Naim, muka pertama aku nampak, my dearly missed mother!!!!!!! (sila tengok betapa punya banyak tanda seru) Lepas peluk cium emak, orang kedua aku perasan, my brother yang dah makin meninggi (aku dah sah sah kalah sejak awal T__T) dan makin kacak.

Tak percaya? Tengok gambar kat atas tu, lelaki yang duduk kiriiiiiiii sekali tu. Lepas tu baru lah adik perempuan aku datang salam aku, then aku salam emak Syifa, salam uwa (gelaran untuk nenek) dan adik-adik Syifa yang lainnya.

Punyalah aku tak tentu arah dalam rumah Naim tu. Ye lahhhh, satu sudut kat rumah tu, penuh dengan housemate & kawan-kawan Naim. -.-" Segaaaan. Mana tak aku heret si Afnan tu mana je aku pergi, hihi.

Lepas berborak sikit-sikit, kitorang berlunch dekat Slamlek. So far, makanan dia biasa je lah. Western food, nothing much you can expect from it. Borak lagi borak lagi, baru tau kronologi sebenar macam mana abah aku kena heart attack hari tu. Huhu, :(

By the way, thanks to my abah sebab bekalkan stok makanan setahun, hehe. Dengan rendang daging siatnya, kuah kacang instant, sotong kering, sos tiram and macam-macam lagi dalam kotak kat ruang tamu tu, :D I appreciate it a lot. Next semester ni balik Egypt angkut baju je, heheheh.

Habis lunch, baru lah bergerak ke rumah aku dan Syifa... Okaaay, tadi kitorang dah masuk rumah Naim, kali ni giliran Naim dapat masuk rumah kitorang padahal Syifa punyalah bagi amaran keras kat abang dia jangan masuk jangan masukkk. Haha.

Puas bersantai dan bersolat, kitorang pergi shopping sikit dengan Sikah Gadidah. Tak beli apa pun, cuma jalan-jalan tengok-tengok. Cik Uda (emak Syifa) ada lah jugak beli sehelai jubah. Obek Anip (ayah Syifa) pulak beli seluar katok... (okay perlu ke cerita? :p) Dan lepas tu they drop us off at our home and went back to Cairo before they go to perform Umrah.

Masa tu sangat sekejap but it was soooooo priceless! :') Betullah cakap abah, ini kekuatan aku untuk hadapi kertas terakhir Isnin depan, insyaAllah. Berbelas hari je lagi sebelum aku boleh balik Malaysia.

Come on, cahaya! Jangan mudah putus asa! :)
*Gambar memang sengaja kasi 'blur'. Me and Afnan. ♥

P/s: Umi tiba-tiba bagitau yang abah kata; "Kalau kamu kahwin sekarang, perbelanjaan kamu abah berhentikan. Suami kamu yang kena tanggung semuanya untuk kamu. Tanggungjawab abah dah lepas". Erkkkkkk. Apekah ini bahhhh? :/

8 comments:

redbirdfe said...

HAHA.

about the last sentence : my dad told me to wait for scholarship and in 3rd year. :D ;p

W M Najib said...

tak balik malaysia ke tahun ni?

nhmnrh said...

iqa

cehhh. dh ada calon boleh laaaa~ :p
i never said to my parents i wanna get married skrg punn -.-" tetiba kena headshot. huhu.

nhmnrh said...

najib

BALIK! :D its just that diorang datang nk tengok surrounding egypt je.

M. said...

bestnya bestnya family datang.

yeah starra takleh kahwin dulu :)
takpe study k.
nanti terpregnant susah sikit

tc

nhmnrh said...

una

sangaaaat best wpun skejap je. :')

hehe, mmg taknak kahwin skrg pun. a big NO during my six years of studying as a medic student kot.

tp klau jodoh dh dtang...? okaaaay taknak fikir, haha.

i've got 2 seniors yg tgh mengandung skrg ni. mmg payah la tgk diorang. tp best! :D

hehe thankyou unaaa! u tc too aite, ;)

syazana said...

sonooknya....smgt habis ah jawab med term..:D..gud luck nuha since u've got ur spirit back...lets face our last paper~!!!

nhmnrh said...

zana

hehehe SERONOOOOOOOK! :D insyaAllah mmg semangat dah ni hahh. THANKYOU ZANA! hehe.

kyaaaah~ last paperrrr!