Friday, June 18, 2010

I'm falling deeply in love!

Assalamualaikum.

Sepanjang hari ni, aku banyak peruntukkan masa baca blog Dr. Faizal. Banyak lagi rupanya ilmu perubatan yang aku tak tahu (nama pun baru first year -.-")... Dan banyak rasanya attitude yang aku kena ubah supaya selaras dengan profession as a doctor.

Serius aku kagum dengan beliau.

Kisah-kisah dia sambut twin neonates, berdepan dengan anenchephaly newborn, resuscitate cyanotic baby, conduct surgery but under supervision, diagnose blind end tract of v***** dan macam-macam lagi buatkan aku cemburu! Padahal dia baru med student tu. Belum houseman lagi.

Tu dia dapat semua kes tu sebab waktu orang lain semua berkejaran balik rumah tidur, bukak Facebook dan online lepas habis kuliah, dia pergi mostashfa el gam'ah untuk dapatkan ilmu klinikal dan praktikal.

Adoi. Terasa kejap aku bab Facebook dan online tu.

Tadi aku terbaca jadual harian masa dia 2nd year of med student. Aku ternganga lebih sepuluh saat (I think so). Habis jadual dia aku scroll sambil tercari-cari "bila abang ni nak tidur? bila masa tidur? mana perkataan tidur? mana?". Serius, aku cakap macam tu tadi.

Jadual beliau yang aku boleh simpulkan:
Study (bersendirian dan kuliah) --> 17JAM (!!!!!!)
Aktiviti lain (makan, mandi, solat) --> 2JAM SETENGAH (!!!!!)
Tidur --> 4JAM SETENGAH

Kalau nak dibandingkan dengan aku... *geleng kepala, ketap bibir* Tiba-tiba rasa sedih dengan diri sendiri. Satu hari tu kalau dapat study 7jam je pun aku dah terbangga. Astarghfirullah hal'azim. Masa melagha takyah cakap lah. Terlebih! Waktu tidur tu Alhamdulillah, memang aku sentiasa cuba minimumkan.

Dunia dia memang revolve around medical stuff. Provisional prognosis dia sentiasa buat aku kagum padahal dia cuma dengar description dari dalam telefon je. Teringinnya nak ada ilmu sebanyak tu! InsyaAllah, aku nak jadi sehebat akhi Dr. Faizal. :)

When I read every single entries of him, my eyes are wide open regarding medical stuff and I can tell you that I'm falling deeply in love with medical world, ♥

Dia buat aku rasa nak manfaatkan cuti kali ni dengan baca balik semuaaaaa case-case yang pernah aku belajar sepanjang dua semester as a med student ni. Sumpah bukan calang-calang orang boleh motivate aku sampai macam ni sekali.

Selalu aku je yang motivate orang, huhu. :)
Bukan bangga atau mengungkit, tumpang lalu.

Aku tak nak sia-siakan cuti kali ni dengan melagha tengok drama korea atau movies je memanjang. Lama-lama macam ni, hati aku boleh mati lagi sekali. Huiii, tak nakkk! Makanya, sesiapa ada link website bahan ilmiah perubatan ataupun agama, sila lah pass kan pada aku ye. *I'm begging.

Aku tak nak dah masa dengan internet ni terbuang macam tu je. Sekurang-kurangnya, aku nak pastikan dalam satu hari, aku dapat ilmu baru yang boleh tajamkan akal aku untuk berfikir, insyaAllah.

:)

P/s: On my way to be a better med student despite of just being a better Muslimah, hihi.

3 comments:

redbirdfe said...

nak link dr faizal tu. xD

FiRsYa MeLisSa said...

semoga berjaya yer~
bidang perubatan ni mmg susah..
tu sbb sy sgup berpaling dari sains..hehe
tapi apa2 pun sy ucapkan selamat berjaya!!!

Fna said...

nak link blog dia pls! send kt my wallpost boleh? ty! :D