Tuesday, June 1, 2010

A heart for dearly Gaza.

*Mencuri masa sekali lagi sebelum line internet kena potong*

Apa yang berlaku pada Freedom Flotilla yang dalam perjalanan ke Gaza semalam memang kejam, sebab tu rasa macam nak kongsikan apa yang aku rasakan tentang apa yang berlaku. Aku sedih, marah, macam kena tachycardia pun ada jugak!

When I read the news from MalaysiaKini, I cried. Yes, again.

Semuanya sebab berita terakhir tentang Flotilla yang membawa sukarelawan Malaysia, kapal yang bernama Mavi Marmara. Dua wartawan Astro Awani berada dalam kapal tersebut dan kata-kata terakhir salah seorang wartawan tu dalam Twitter dia lebih kurang macam ni;

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat dipercayai milik Israel kelihatan berada di udara."

Bayangkaaaan, macam mana tak tachycardia aku dibuatnya?!
.
.
Macam baru semalam aku pergi Darul Rahmah (atau nama lain dia Bujang Senang) untuk hayati Malam Sendu untuk Gaza yang Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) anjurkan padahal dah lama dah. Mungkin kerna impaknya terkesan sampai ke hari ni.

Macam masih terngiang apa yang Ustaz Salman Maskuri kongsikan pada malam tu. Tentang kelebihan Masjidil Aqsa dan kenapa kita perlu mendapatkannya kembali, tentang kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan dan macam mana Allah Taala akan musnahkan diorang kembali.

Dan tentang kekuatan yang sebenarnya tak terletak pada harta.
Tapi pada jiwa. :)

LifeLine4Gaza yang mensasarkan kutipan LE100 daripada setiap mahasiswa Mansoura.

Kiranya walaupun kitorang ni cuma pelajar, sekurang-kurangnya kitorang boleh berjihad dengan memberikan sumbangan kewangan untuk saudara-saudara Islam kitorang di Gaza sana. Alhamdulillah, syukuur. :')

Untuk para sukarelawan, aku harap mereka takkan sesekali patah balik, tapi meneruskan perjalanan biarpun tentera Israel mengecam dengan lebih kejam. Dan aku mohon pada Ilahi, kalau gugurnya nyawa mereka itu, golongankanlah kesemuanya sebagai para syuhada', insyaAllah. Ameen.

Dan untuk kita-kita yang hanya mampu memandang dari jauh kekejaman tentera Zionis, bacakanlah Qunut Nazilah ini setiap kali solat fardhu selepas iqtidal ruku' rakaat terakhir.
Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka.
Ya Allah, leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kami ke atas mereka,
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah 3x,
Wahai Tuhan Yang Menurunkan Al Quran,
Wahai Tuhan Yang Mengarakkan awan,
Wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab,
Kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka.
Ameen...

3 comments:

manna_salwa said...

Amin..

Aimi Dayana Bahari said...

akak.. saya nak copy doa ni tapi xdpt.. T-T

Nurulhana2000 said...

Semoga kemenangan milik Islam.