Sunday, June 20, 2010

banyak benda dalam kepala kena keluarkan.

  • Abah dah lama tak online. Peliknya. Did something happened? Orang nak wish Happy Father's Day niii.

  • Ke abah marah orang tak sempat try buat Nasi Lemak guna resepi abah? Huhuhuhu (with tears).

  • Banyak barang nak kena kemas sebelum balik ni tapi malasnya nak jumpa ammu kat bawah mintak kotak. Haiii.

  • Tengah terfikir. Dah sampai Malaysia nanti, which part of Egypt will be missed? Rasa-rasa makanan je kot. *sengih*

  • Semalam asyik dok putar lagu-lagu Opick berulang kali. Memang layan lah. Tersentuh qalbun saya!

  • Okaaay. Baru bukak Facebook. Abah dah balas wallpost orang, hehehehehhehe. Panjang umur abah! :D

  • Hari tu timbang kat Soidaliyyah (farmasi), berat saya turun 5kilo setengah! Agak-agak balik Malaysia terus ter-top up tak kehilangan berat tu?

  • Banyak senarai makanan yang dirindu. Nahaslah Gastrointestinal Tract saya~

  • Pintu rumah baru je kena ketuk macam nak roboh. Hati aku pun macam nak burst sekali. Punya takut sarung tudung. Dah sah lah ni arab.

  • Memang arab. Dia nak bersihkan kaki lima imarah, suruh tutup ruang celah bawah pintu supaya air tak masuk. Heheheh, syoukran ya ammu!

  • Ohh, patutnya tadi aku ikut pergi shopping dekat Sikah Gadidah sekali. Tapi tak jadi.

  • Mengenangkan cuaca yang panas dan aku cuma nak beli bakul sampah dan bakul baju untuk rumah baru, sangatlah tak berbaloi yee. Kena tunggu winter baru beli.

  • Echa masuk bilik kata nasib baik Nuha tak pergi Sikah, :D Dia dah cuak arab tu ketuk kuat sangat, huhu. Alhamdulillah, berbaloi jugak tak pergi Sikah ni ye. Ececeh.

  • Oyya esok nak pergi Cairo buat Zakat. Tak ada musyrif. Hopefully kami gadis bertujuh ni tabah mengharungi hiruk pikuk Kaherah.

  • Farhat, bukan aku patut jumpa kau kat ARMA, kau lah datang jumpa aku kat Rumah Selangor... Kata esok tak ada exam~ Ke aku patut mintak kau jadi musyrif aku je? :p

  • Semalam dah salin beberapa potongan ayat surat Al Baqarah yang rasa best dan bermakna tafsiran dia. Hari ni nak sambung lagi, insyaAllah.

  • Suka sangat baca Tafsir Quran yang online ni. Senang! Tekan je nak surah ape, terus keluar. Sukaaaaaaa.

  • Tengok dok transfer drama. Mumken bisur3h shuwaiyya? Yallah einisah! --> ditujukan pada diri sendiri.

  • Ehhh, sebelum terlupa. Happy 19th Birthday, Aini Syahirah! Kawan sejak sekolah rendah selalu lepak sama-sama masa sekolah agama duduk sebelah sebelah dalam kelas dalam bas. Kita rindu awak, lah! ♥

P/s: Rasa tenang bila dah lepaskan semua. Hihi.

2 comments:

amar said...

assalamualaikum..
aini syahirah tu yg kwn idayu dl ek?
lame sngguh xdgr cte bdk2..

nhmnrh said...

wassalam, :)
ha ahh kawan idayu alaahai kawan kita semua lah! kau niii.
nk kirim salam dekat dia ke?