Sunday, May 30, 2010

would you dance if I ask to?

*Sedang cuba untuk rasa tak bersalah mencuri masa untuk menulis*
.
.
Okay, I still feel guilty. :/

Ergh, payahnya. Ada banyak benda yang aku nak luahkan, ada banyak rasa yang nak dikongsikan dan ada banyak peringatan yang aku nak tujukan untuk diri sendiri tapi masa tak mengizinkan. Payah, payah.

Ye, sekarang ni masa kritikal. Minit-minit terakhir perjuangan yang menentukan kejayaan aku. Makanya, aku mohon untuk diberikan kekuatan oleh Kekasih untuk berhenti menulis seketika sampai final exam yang akan datang ni selesai.

InsyaAllah, ini tulisan terakhir yang aku cakarkan pada badan Bieyto sebelum mula berperang Sabtu depan. Huh huh.

Untuk itu, aku nak mintak maaf kepada semua orang, err, ya, kamu kamu yang membaca ni kalau pernah terasa dengan apa-apa yang aku tuliskan. Kalau rasa aku hipokrit atau cakap tak serupa bikin, juga aku mohon dimaafkan. Kiranya dari tulisan tangan ke hati la aku mintak maaf ni. :)

Habis saja bulan Mei ni, untuk pertengahan pertama bulan Jun, aku takkan sambung bayar internet dah (kalau dapat tahan diri daripada pergi kedai ZamZam tu hah, insyaAllah). Pertengahan terakhir Jun lepas habis final, kalau terasa nak online lagi dari Mesir ni sebelum aku balik Malaysia, nanti aku gagahkan diri seluk poket, sarung tudung turun bawah ye.

Hehe.

Untuk sesiapa yang nak contact aku, internet bukan lagi jalan terpantas ye mulai Jun ni, mintak maaf. Anything, reach me through my cell phone number here in Egypt. :) Bagi yang tak ada number aku tuu, err, tunggu je lah aku balik Malaysia nanti, :p

Oyya, untuk emak dan ayahanda yang jadi pembacar tegar blog ni, harap umi dengan abah redhakan anak umi dengan abah yang ada kat perantauan ni supaya dia jadi makin rajin dan dapat jawab periksa dengan baik lepas tu dapat Mumtaz untuk semua paper eh!

InsyaAllah, I won't let you guys down like I used to. :)

Oh sebelum terlupa. Emak dan dua orang adik aku, err, beserta makcik dan pakcik juga nenek akan datang ke Mesir melawat aku dan Syifa sebelum diorang kerjakan umrah awal Jun ni. Hehe tak sabarnyaaaaa. xD Can't wait to meet you guys, hihi.

Okaaaay I think that's about it. Ini pun dok main kejar kejar jeling jeling dengan masa niiiiiiii. Okay nampak sangat nervous sampai 'i' pun jadi banyak dah dah aku tak ada masa nak backspace! Huuuuuu. Nervous lagi, tumpang lalu.

Tolong doakan sekali kejayaan aku ye! Hehe, terima kasih! :D

P/s: Tuhan, aku mohon Engkau berikan aku kekuatan untuk terus bertahan dan kejar apa yang aku impikan. Berilah keputusan yang Engkau rasa terbaik untukku tanpa mendatangkan kemudaratan pada diriku, dan lapangkanlah dadaku dalam menerima keputusan yang Engkau berikan. Ameen, insyaAllah. :)

-nhmnrh, Mansoura. With love

8 comments:

-hazen said...

erk. sukanya ayat kat gambar tu.

nak tiru!

amar said...

gudluck 4 ur exam..hee

nhmnrh said...

kan? kali pertama jumpa quote tu masa tingkatan 5, terus jatuh suka. tu yang ingat smpai sekarang. :)

nak tiru? err, sila sila :p

nhmnrh said...

amar;

hehe thankyouuuuu ! :D doakan aku tau tauuu.

shadah..♥ said...

gud luck nuha!
ganbatte!

nhmnrh said...

inda;

terima kasih! :D jumpa kat Msia nnti taaaaau ;)

Att Ashburn said...

goodluck nuha..all the best..
Allah pemberi rezeki yang terbaik, maka pohonlah pada Dia :)

Nurulhana2000 said...

Umi dan abah sentiasa doa yang terbaik buat Nuha. Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita. All the best in your examination sayang. We have faith in you.