Tuesday, May 11, 2010

I'm better off without you.

*I wanted to study and sleep at the same time, haha.*

Final exam tinggal kurang daripada sebulan. Kalau ditanya apa perasaan yang ada, aku cuma boleh jawab dengan jawapan paling cliche; "Entah. Takut jugak kot." Alaaa, perasaan yang engkau engkau semua rasa bila nak ber-exam, lah. Biasa, kan?

:)

Orang selalu tanya. "Dah habis study dah?" atau "Mesti dah habis baca semua kan?", just to name a few random questions.

Sebenarnya aku nak tau jugak, apa motif orang tanya soalan macam ni? Sama ada dia memang betul-betul nak tahu, atau dah tak ada soalan lain nak ditanya untuk mulakan perbualan, atau memang nak buat orang ditembak dengan soalan tu rasa tercabar dan tersentuh?

Err. Aku biasanya tak pernah akan tergugat atau rasa diperli atau rasa annoyed bila diasak dengan soalan macam ni. Kadang-kadang aku jawab jujur, kadang-kadang aku jawab berlapik supaya tak bukak pekung kat dada sendiri. Hahah, biasa, lah.

Kalau kata dah habis belajar semua, (padahal belum tapi sebab nak lindung reputasi sendiri), nanti orang kata tak sedar diri. Kalau kata dah habis belajar semua, (dan memang dah betul betul habis), nanti orang kata riak takabbur. Kalau kata tak belajar, nanti orang pandang serong macam kita tak ada muka.

Hah.

So, tell me. Jawapan macam mana sebenarnya yang patut dibagi bila orang bertanyakan soalan macam tu?

Sesetengah orang boleh terima bila orang tanya dia soalan ni. Tapi ada sesetengah yang mungkin rasa soalan ni ditanya untuk memperlekehkan dia. Fikiran manusia, kita takkan boleh nak kawal, kan. Macam mulut orang jugak lah. Apa kau ingat boleh senang-senang suruh orang diam?

Sama lah macam soalan, "Belum berisi lagi ke perut tu? Kahwinnya dah lama," Ada orang rasa soalan ni soalan biasa, tapi bagi yang terkena batang hidungnya tu, kau ingat dia akan bertempik suka? Hati memang pandai rasa sedih. Benci.

Err, sebenarnya tak tau kenapa kena melalut sampai kahwin beranak semua padahal nak cerita pasal Final Exam. :/ Huuuui, rasa macam persediaan aku belum cukup lagi lah! Bukan macam, tapi memang pun. T_____T (*Rasa dah lama tak menangis acah-acah dalam blog, haha).

Aku memang dah sedar diri, tapi nak menggerakkan diri bertindak lebih proaktif dan produktif tu alahai, payah dia macam nak tolak gajah guna hujung jari je rasanya. Come on, Nuha! Sikit je lagi ni, sikit je lagi. Bulan depan dah boleh balik Malaysia!

Yahuuu. :) Tapi sebelum tu kena berakit-rakit ke hulu dan berenang-renang ke tepian dulu. Hehe.

4 comments:

Syida Shukor said...

soalan pasal mengandung tu mmg sensitif . walaupun kadang kadang kita saja nak mulakan perbualan tapi macam tak kena . selalunya orang2 tua lah no offense sebab ini berlaku sampai si perempuan jadi stress .

kembatolo™ said...

apa kata bagi jawapan yang kena atas batang idung dorang balik?hee~

blogwalking..~

Att Ashburn said...

"dah habis study dah"?
kalau orang tu ckp belum, biasanya sy akan ckp "yes" ahahaha..
teruk, kan..kononnya nak katalah bukan aku sorg belum habis baca rupenye haha

sy tgk org jugak klo nak bagi jawapan..kalau yg mmg mulut-suka-cari-pasal-dgn-org, sy cakap je, apasal nak tau sangat...kalau dgn kawan2 baik, of coursela kita ckp je la honestly, dah bace ke blum..itu sje..

haha

Nurulhana2000 said...

Aim for Mumtaz sayang. So study like a mumtaz too.