Thursday, May 20, 2010

the best time to study.

Hari tu masa baca blog Tidak Best yang macam jadi makanan ruji aku kat Mesir setiap kali online, terbaca satu entri yang buat aku kata, "Ehhh ha'ah ha'ah betuuuuul." masa tu jugak tanpa rasa ragu. Sebab memang betul pun.

Aku sudah jumpa saat paling bersemangat untuk menelaah.

...saat melangkah keluar dari dewan peperiksaan yang penuh trauma.

"ah!tak boleh jadi. Pasni aku kena study betul-betul!"

Ketika itu, rasa mahu terus jadi ulat buku.



ya, ketika itu.



..sahaja.

Kaan? Memang rasa nak berlari terus kat meja belajar tak nak pandang kiri kanan dah. Macam lepas ni "Ahh, lantak dengan semua orang, lantak dengan makanan, yang penting aku nak belajar.", haha.

Tapi kan sedara, aku nak tambah dua lagi keadaan yang boleh buat aku bersemangat sangat nak belajar macam dah kira sampai boleh buat ikrar pengakap (ada kaitan?) masa tu jugak.

Pertama.
Disebabkan aku ni perempuan yang ada banyak kandungan hormon estrogen dalam badan, aku macam dah terprogram (sort of, haha memandai) untuk minat drama klasik percintaan macam drama Korea, Jepun, Taiwan dan seangkatan dengannya lah.

Maka bila ada adegan hero/heroin yang belajar bagai nak rak untuk masuk Universiti, untuk lulus periksa atau sekadar nak impress kekasih diorang, aku jadi cemburu. Bukan sebab aku desperate nak berkekasih, tolong sikit. *Gelak sakan.

Dah lah kalau ada scene macam tu mesti hero/heroin tu belajar kaw-kaw punya memang kalau boleh 25jam sehari, 8hari seminggu tak nak berenggang dengan buku yang menimbun. Dengan pakai cermin matanya, rambut berikat, (imej budak rajin belajar), duduk dalam library tak nak keluar.

Perghh, memang rasa masa tu nak terus tutup laptop capai buku. Ya, masa itu.

...sahaja. :)

Kedua.
Aku selama ni tak lah rajin mana tapi aku tahu untuk bahagikan masa aku untuk benda-benda sepatutnya. Aku tahu bila masa aku kena belajar, bila masa aku boleh bermovie, sebab aku tahu kemampuan aku macam mana. Alaa, macam korang jugak lah.

Tapi kan, bila ada orang yang selama ni asyik main, maksudnya bukan dia tak belajar tapi melebihkan waktu untuk me-lagha (contohnya adik aku yang nombor 4 tu, hihi), tiba-tiba transform jadi ulat buku, engkau yang selama ni terkenal dengan kerajinan pun boleh tercabar la bukan?

Rasa macam ada "Hoii, tak boleh jadi ni. Aku kena jadi lagi rajin," punya perasaan. Aneh, kan? Hanya sebab tu, memang aku rasa waktu tu nak berhenti apa yang aku tengah buat, terus gamkan diri pakai gam gajah dekat meja study.

Ya, waktu itu.

... sahaja. :)

1 comment:

manna_salwa said...

salam nuha..
:) selamat stadi n go0d luck exam..
doa bebanyk k..
All thE bEst..