Saturday, April 3, 2010

you dissapointed me.

Kadang-kadang, orang yang kau harap untuk support kau dari belakang, untuk happy bila kau happy, untuk bagi kau kata semangat bila kau lemah, dan untuk bersama dengan kau waktu kau resah... tak jadi macam yang kau harapkan.

Aku sedih.
Sumpah sedih.
Sebab kau dah hampakan aku.

Kau patut support aku, bukan condemn aku. Kau patut bantu doakan aku, bukan kata "Alaa.. kalau tak sure boleh istiqamah ke tak, baik tak payah je la pakai." Perlu ke kau kata macam tu?

Kau meruntuhkan semangat aku and at some point, kau buat aku terfikir kalau jalan perubahan yang aku pilih ni salah. Tak, aku bukan nak salahkan kau. Sikit pun tak.

Maaf kalau kau baca ni dan kau terasa. Tapi aku sedih...
.
.

Aku tau ilmu aku tentang agama tak banyak, lagikan lah nak memandai-mandai kata aku dah alim, pergi tegur orang sana sini. Aku buat perubahan ni bukan sebab aku "dah" jadi baik bagus semua, tapi aku "nak" jadi lebih baik. Bukan "dah".

Aku jadikan perubahan ni as a platform untuk aku jaga batas aku sebagai seorang perempuan. Sebagai satu tapak untuk aku jaga maruah dan pelihara diri aku as a muslimah. Kau patut support aku. Bukannya bagi senyuman sinis macam aku tak layak sangat nak buat perubahan ni.

Aku sedih, aku terasa. Padahal selama ni aku yang banyak support kau. Aku yang banyak bagi kau kata-kata semangat supaya kau tak putus asa dengan hidup ni. Tapi kau...?

*speechless*

Tak, aku bukan nak salahkan kau. Aku pun bukan suka nak mengungkit apa yang aku dah buat untuk kau. Sikit pun tak ada niat, tapi...

Hmph.

Tak apalah, mungkin kau tak boleh terima perubahan yang aku nak buat ni, maka dengan ni aku nak kata yang aku maafkan kau. Tak kisahlah kau kata apa pun pada aku, aku tetap akan maafkan kau.

:')

10 comments:

EryTaleb said...

Assalammualaikum w.b.t

sabar ea..
biasalah tu.ni dugaan untuk ante..
ante jgn cepat berputus asa ea..
anggap ini satu cabaran untuk ante panjat tangga yg tinggi..
jika ante lepas ini tangga..ante sudah berjaya ker platform lagi satu...

igtlah iblis dan syaitan paling suka mengganggu org yg ingin kan perubahan tp pada masa yg sama mereka berasa saket dan panas dengan perubahan yg kita lakukan...

nhmnrh said...

erytaleb
wsalam. :)

terima kasih bnyak2 sbb sudi bagi semangat wpun kita tak kenal each other.
terharuuuu ! :')
and i appreciate it so much like seriously.

Abd Hakim said...

Nua, abah tetap support kamu no matter what. So dont worry apa orang nak kata k

nhmnrh said...

abah

thankyouuu bahhhh. :')
orang nak baliiiiiiiiiiiiiiiiik. :((

manna_salwa said...

بسم الله الرحمن الرحيم
salam, sabar ya sis..
ramai yang mendoakan kebaikan sis..
yang penting kita tau ape yang kita nk.. mmg bile kite nak dekat dgn Allah akn dtg bnyak halangn dah ujian..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

semoga sis tabah selalu ye..
sama2 kite memperbaiki apa yang kurang..
insyaAllah..

d0c-t0-be (insyaAllah) said...

salamu 'alayk
dear nuha muneerah :)

sbnnrya nak dekat 2minggu x buka blog nuha sebab internet x btul.skali hari ni buka..wow!ad brita hangat ^_~

actually,wani x terserempak dgn nuha lagi.jadi x tahu apa perubahan yg nuha dah buat ^_^

tapikan nuha,wani nak bagi tahu.
semakin kita cuba mendekatkan diri kepada Allah,pasti ada 1001 cabaran dan ujian.sebab apa? sebab Allah nak uji sejauh mana kemantapan iman hamba2Nya.kalau xde ujian,xblehlah nak ukur tahap iman kita kan ^_^
kita slalu cakap sabar,istiqamah,nak dektkan diri pada ALlah.setakat cakap,x guna juga..mestilah ada proses ujian utk nilai btul x apa yg kita cakap :)

sekiranya perubahan ni ke arah kebaikan.wani sokong nuha 100%..tiba2 rasa nak gi je rumah nuha skrg :)

dan nuha,doa wani moga nuga terus istiqamah (berterusan) & mujahadah (lawan hawa nafsu).satu hari nanti,akan terdetik juga di hati,apesallah aku ni pilih jalan ni.kenapalah aku ni nak jadi baik sangat.
orang boleh cakap apa sahaja,tapi kita kene ingat apa tujuan manusia diciptakan.apa tujuan manusia diciptakan? (2:30)& (51:56)
no kat depan tu no surah. no kat blakang tu no ayat :)

utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia ^_^

p.s:
nuha,bila ada kawan yang berubah kepada kebaikn.tiba2 terasa sesuatu kat hati ni.terasa mcm x bersyukur dgn nikmat Allah sebab dah kasi kefhaman agama pada wani awal -.-''
thanks sis sebab story dlm blog.kdg2 membuatkan wani muhasabah diri.
astaghfirullah.

Abd Hakim said...

Hohoho, kena kuat n tabah nua. Abah n umi ada faith kat nua sbb tu antar kat sana. Be strong girl, ingat je 3 mende yg abah suruh nua concentrate, yg lain anggap je senut api kena gigit sakit jap je. Nak balik tiket dah dah ada kan tapi abah tau nua xmudah mengalah. Masa depan kamu atas diri kamu sendiri, abah n umi hanya bleh doakan dari sini, xharap apa2 kecuali nak melihat nua berjaya

Nurulhana2000 said...

Nuha sayang, kan memang Nua nak balik bulan Jun ni... ha tiket pun dah ada kan.. hang in tough.

Kamu dah di landasan yang betul. Bila umi dan abah redha pada kamu, Allah jua redha pada kamu. Kalau perubahan yang Nua buat ini niatnya kerana nak cari redha Allah, Nua takkan goyah bila ada manusia yang tak support kamu kerana bukan redha manusia itu yang kamu cari kan..

nhmnrh said...

manna_salwa

terima kasihhh. :') insyaAllah, doakan Nuha ya?



wani

indahnya ayat waniiiiiii~ :)) insyaAllah, nuha akan cuba ya?

abah

:'( :'(
i wont give up fr my future, insyaAllah.

umi

thankyou miiiii. :') huhu, betul2, kena selalu pesan kat diri ni...

MissA said...

perubahan ke arah kebaikan kadang kadang memang perlukan pengorbanan.. contoh mcm ada kawan yg tak boleh terima..ive been thru that phase..
tapi, tak menyesal, sbb ini jalan yg kita pilih.. Allah dah pilih kita..bukan nak kata kita baik, tapi nak berubah ke arah kebaikan, berapa je lah orang yg boleh dapt hidayah ni?
bersyukur dengan kurniaan Dia. Dia lebih mengetahui...