Thursday, April 15, 2010

a virtual counsel.


salam. kaknuha sy nk tny pndpt akk. sy pnjm buku kwn tp tak pulang lg. smpi dy kne mrh teruk sgt dgn ckg. dy tkthu bku tu sy pnjm. ptut ke sy terus terang sekarang? sy taknk rosakkn pshabatn kami.

Waalaikumsalam, dik.
First of all nak cakap thankyou sebab sudi mintak pendapat akak. :)

Hmm. Memang. Sesiapapun kalau dalam keadaan awak sekarang tak nak rosakkan persahabatan diorang. Kalau Kak Nuha kat tempat awak pun, memang serba salah sangat nak cakap dengan kawan kita tu yang buku tu sebenarnya ada pada kita.

Lagi-lagi lah lepas dia kena marah dengan cikgu, just because kita tak ingat nak pulangkan buku tu pada dia. :(

Mintak sorry ye dik tapi bagi akak, memang salah tu datang daripada awak sendiri. Pertama, awak pinjam buku tu tanpa pengetahuan dia. Tak baik macam tu, kalau dia salah anggap dah boleh kira mencuri dah. Kan lebih elok kalau awak mintak izin dia dari awal?

Awak bukan je dah buat cikgu marah pada dia, tapi dah risaukan dia sebab mesti dia ingatkan yang buku dia tu dah hilang. Kesian kawan awak tu. Tapi kan, tak semestinya kita tak ada peluang nak betulkan apa salah kita, kan? :)

Pesan Saidina Ali Bin Abi Thalib, "berkata benarlah walaupun pahit".

Bagi akak, baik awak terus terang dengan kawan awak tu sebelum keadaan makin parah. Makin lama awak tangguh, mesti jadi makin teruk. Awak sayang kawan awak tu kan?

So, apa yang awak boleh buat sekarang, cakap point-point yang akak akan bagi ni dengan kawan awak elok-elok.
  • Kenapa awak pinjam buku tu tanpa pengetahuan dia in the first place.

  • Mintak maaf sungguh-sungguh, dan janji takkan ulang.

  • Bagitau perasaan awak masa cikgu marah kawan awak tu. E.g: Bersalah, sedih, takut, etc.
Kalau dia kawan yang baik, insyaAllah, dia akan faham kenapa awak buat semua ni. Tapi kalau tak, (dia marah, mengamuk, merajuk taknak kawan semua), bagilah dia masa sehari dua untuk tenangkan fikiran, lepas tu baru lah tegur dia balik.

Atau mungkin awak boleh mintak maaf dengan cara bagi dia hadiah; coklat, surat, aiskrim atau apa-apa je yang kawan awak suka.

Dan kalau cara awak ni masih tak berhasil, akak rasa baik tak payah berkawan dengan dia. Ramai lagi orang yang awak boleh buat kawan. :) Okay?

Hopefully kak Nuha dapat tolong awak. Kalau tak banyak, sikit pun jadi lah. Hehe. ;) Chaiyyok!

7 comments:

Adila Ady said...

wahhh..jadi kaunselor plak..bagus2..nasihat pon bleh tahan,

nhmnrh said...

adila

hee, no lah not even close to a kaunselor pun, hehe. but i love to help ppl tho. :)

thankyou fr the support! ;)

dak eina said...

bagus la nuha nie...bole jd kaunsel0r laa~~~

nhmnrh said...

kak eina

hehehhe. sekadar menolong org je kak. :)

tp dh cita2 mmg nk jd psychiatrist, kena lah biasakan diri, hehehhe.

thankyouu yee.

Nurulhana2000 said...

Another option, jumpa cikgu yg marah kawan dia tu dan ceritakan keadaan yang sebenar untuk membersihkan reputasinya.

nhmnrh said...

umi

hehehhe. ha ah btul2. :D
thankyou miii ♥

Anonymous said...

terima kasih akak. insyaAllah sy cuba cari kekuatan tu. doakan sy. jazakallah khairan