Sunday, April 25, 2010

should i give my best?

Aku orangnya jenis yang cepat paranoid. I always learn mistakes from others, and I'll make sure I won't be making the same mistakes.

Sebab tu aku cakap, jangan tunjuk aku kesalahan yang bukan-bukan macam salah kahwin dengan orang ni, salah sayang orang tu, salah berkawan, salah pilih jalan hidup. Jangan, jangan. Semua tu bagi impak yang sangat besar dalam hidup aku.

Aku akan jadi takut nak kahwin, jadi takut nak sayang orang, jadi takut nak berkawan, jadi takut nak buat keputusan sendiri. Dalam erti kata lain, aku jadi paranoid dengan salah orang lain sebab takut aku rasa apa yang dia rasa.

Dan aku tak suka.
I hate making mistakes because I shall feel bad about myself.
Betul, dari kesalahan lah kita boleh belajar daripada pengalaman buat salah tu, untuk jadi lebih baik. Untuk perbaiki diri.

Tapi kan, kalau dari mula kita tau kita dah boleh buat lebih baik, boleh jadi lebih baik, kenapa nak buat kesalahan...?

Fikirkan.

Soalan ni sama macam apa yang Rangga tanyakan pada Cinta dan apa Cinta katakan pada Rangga dalam filem Ada Apa Dengan Cinta?. I didn't remember the exact conversation tapi lebih kurang macam ni lah.

Rangga: Knapa kamu perlukan pembantu sedangkan kamu bisa lakukan semuanya sendiri?
Cinta: Knapa aku perlu lakuin kerja rumah sendiri sedangkan aku udah punya pembantu?
Rangga: Tapi Cin, kamu kan bisa lakuin sendiri?
Cinta: Tapi kan aku udah punya pembantu, Ga'. Knapa nggak dikasi aja dia kerjaan? Iya kan?
Rangga: Ya iya juga ya.

Kan? Situasi dia lebih kurang macam ni. Aku ulang balik soalan tadi ya. Kalau dari mula kita dah tahu kita boleh beri yang terbaik, kenapa nak buat kesalahan?

Hmph. Serius lah, aku tengah takut sekarang ni. Tiba-tiba rasa ragu-ragu datang balik lepas baca entry seseorang. Aku tahu, aku tak patut risau tentang tu sedangkan perjalanan aku masih jauh but I can't help it.

Rasa yang aku pernah rasa datang balik. Sekarang, the 'what if(s)' bermain dalam fikiran aku macam gasing yang tak reti nak berhenti berpusing.

What if I made the same mistake like she did?
What if I got myself into a deep terrible mess and there's no one I can hang on to?
What if I failed?
What if, what if, what if.


Engkau tau, aku pernah baca yang the 'what if(s)' ni boleh menghancurkan hidup seseorang. Sebab dia asyik fikir kalau macam ni, kalau macam tu, apa yang akan berlaku. Kan bagus kalau macam ni dulu, kan bagus kalau dari dulu lagi... and whatnot.

Hei, kita manusia kan?
Normal, lah kalau rasa macam ni.

Bila kau melangkah ke depan, toleh ke belakang sekali-sekala tu adalah perlu. Manusia yang lupa sejarah silam dia, will tend to repeat it. Kata-kata ni famous dalam buku teks sejarah dulu tapi aku lupa lah pulak susunan ayat dia macam mana, hahah. Lantak.

Senang kata macam ni lah. Aku nak berpesan pada 'future' Nuha Muneerah.

Dear cahayaku, jangan takut untuk buka langkah awak, jangan takut untuk berdepan dengan apa jenis ujian yang Allah Taala sediakan untuk awak. Allah Taala uji awak untuk tengok sejauh mana tahap keimanan awak pada Dia.

Jangan takut, cahayaku.
Awak jangan takut, kerna saya akan menjaga. :)

Tinggalkan semua jenis kenangan yang ada rasa pahit. Ambik pengajaran, jangan biar diri awak rasa apa yang awak pernah rasa. It hurts, I know. You were once me, remember? :)

Be brave, my dear. Tak kisahlah berapa ramai pun orang yang tinggalkan awak, saya tetap ada kat sini dengan awak, untuk teman awak lupakan apa yang kita berdua pernah lalui. As your past, saya takkan biarkan awak terkontang-kanting berdepan dengan hidup ni. *sengih*

Saya janji.
I'm done with feeling inferior.
I'm done with feeling paranoid.
I'm done with not appreciating myself.
I'm done with letting myself down.
I'm done with ruining my dreams.
I'm done with hurting myself.
I'm seriously done with all those crap.


P/s: I'm not done with being a medical student. Not even close. :p

1 comment:

Nurulhana2000 said...

Pengalaman tak pernah gagal untuk menjadi guru yang setia....