Friday, April 2, 2010

a new beginning.

Sesiapa yang dah terserempak dengan aku pada hari ni, mesti dah tahu apa perubahan yang ada, kan? :) Terima kasih sebab tak menegur atau kata apa-apa, sebab aku takut kalau teguran tu nanti buat aku rasa macam serba tak kena pulak.

Em, cuma satu. Aku tak nak sesiapa menaruh harapan yang tinggi dalam perubahan aku, macam "oh kau sekarang dah macam ni kau patut macam ni macam ni tak boleh macam tu". Aku tak boleh jadi apa yang kamu kamu harapkan.

Aku masih Nuha Muneerah yang dulu, cumanya with lots of improvement, insyaAllah.

Doakan lah yang terbaik untuk aku kalau satu hari nanti aku kembali jadi aku yang dulu. Nauzzubillah min zalik, tapi hati manusia memang selalu berbolak-balik, kan? :)

Bukan sikit benda yang aku fikirkan sebelum ambil langkah ni, sampai susah nak tidur malam, otak ligat berfikir, memang segala jenis possibilities semua pun aku fikir, dan alhamdulillah, I've made my first step.

Kalau tanya kenapa dan sebab... aku tak ada jawapan. Cuma hati aku tergerak. Dah lama dah sebenarnya aku simpan niat sejak SC Mega dulu tu tapi aku simpan rasa tu dalam dalam sebab aku tak berani.

Terima kasih umi dan abah yang support Nua, hehe. Sekarang orang dah tak kisah dah orang lain nak kata apa. Nak kutuk? Nak mengata? Lantaaak kau laa. And you think I care? :) Ini hidup aku, aku yang akan tentukan apa corak dan warna yang aku nak tempekkan. Dengan keredhaan Allah Taala dan parents aku tentunya. :)

Hidup ni memang tak lari dari dugaan. Makin bertambah iman, makin hebat ujian yang Allah sediakan untuk menguji tahap keimanan kita tu macam mana. Aku tak nak main sebarang cakap sebab nak kata aku alim, memang jauh la en, tapi I'm trying, insyaAllah.

Hopefully aku akan terus istiqamah tapi kalau tak pun, sekurang-kurangnya aku dah mencuba untuk perbaiki diri aku. Daripada orang yang langsung tak tergerak hati dia kan? --Thanks for the motivational words, Bella. Selain Husna, Bella antara orang yang banyak membagi semangat pada aku. Bagi pandangan, tunjuk jalan, :)

And I thought hati aku dah lama keras, dah tak ada benda yang boleh lenturkan hati ni. Aku salah, dan untuk tu aku bersyukur sangat-sangat, :') Betullah kata pepatah, batu yang keras pun boleh ada lekuk kalau ditimpa dengan titisan air secara constant. Haha, pepatah yang tunggang langgang. -.-"
Semoga Allah terus bersama aku, dan hati aku menjadi semakin tenang, insyaAllah. Terima kasih atas nikmat hidayah ni, Tuhan. :) Syukran giddan.

8 comments:

EryTaleb said...

Alhamdulillah..
baguslah..
buat solat sunat and sujud syukur...

sumer nie keja ALLHA S.W.T

afiqah said...

nuha ade award untuk u:)
tgok blog eqa:)

shadah..♥ said...

ko da balik umah ke?

manna_salwa said...

salam, semoga Allah merahmati kamu sis.. :)

nhmnrh said...

erytaleb

thankyou so much, sis. insyaAllah, i'll always be grateful. :)

eqa

award? waaaa~ toche toche, hehehehhehe. :D

inda

belum belum. huhu. 30hb jun la weh. :D

manna_salwa

thanks fr the doa, sis. :')

huns izzati said...

Am proud of you Nuha ! :) Amin to that sister ! :D

Nurulhana2000 said...

Umi bersyukur...semoga Nuha akan terus menjadi anak yang solehah sayang.

nhmnrh said...

hani

thankyou so much, haniiiii. :') amiin, hihi.

umi

:') insyaAllah, mi. heheheh.