Monday, April 5, 2010

a letter and a rose. :)

Terima kasih sangat-sangat pada semua yang sudi membagi semangat pada saya. :') Praise to Allah for everything, :) Tuhan, aku rasa nak senyum setiap masa! :) See? Macam tak boleh berhenti senyum, :)

Untuk pengirim surat dan ros jingga ni, terima kasih banyak-banyak! You made my night. :) Awak buat saya terharuuu! Lagi-lagi la isi kandungan surat tu serius macam manis sangat dan tak sangka awak sanggup susah payah untuk sampaikan isi hati sampai macam ni sekali.

Again, terima kasiiiih. I appreciate it so much. ;) Sangat suka the article pasal muslimah tu dan insyaAllah, akan aku kongsikan bersama kalian lepas mid sem exam ni nanti. Hihi.
.
.

Ramai yang tak tahu, I made my first step with full of hesitations. Nak tinggalkan benda yang saya suka, addicted dan selalu buat... Oh, sangat payah! I think the 'first call' for me was on the night of 'Night of Professionalism 2'.

Malam tu aku macam ditunjukkan dengan sesuatu yang baru dan sumpah tak keruan dibuatnya. Tak percaya, pergi tanya Syifa sana... Macam mana aku asak dia dengan soalan demi soalan tentang hubungan antara lelaki dan perempuan.

Bila aku masih tak puas hati, aku cari segala jenis artikel berkaitan yang ada di internet ni. Aku bookmark satu per satu dan baca pelan-pelan. Ayat demi ayat. Sah. Apa yang aku buat selama ni salah.

Malam tu... tak terkira lajunya pulse rate aku. Memang berguling-guling aku atas katil nak redakan hati sendiri. Kalau diingat balik, malam tu... ya Allah, susah aku nak gambarkan dengan kata-kata.

One of the hardest night I ever encountered with.

Masih tak pasti, aku cari Husna di bilik sebelah... Aii, malangnya dia dah enak dibuai mimpi. :) Masa tu dah pukul 2 pagi, kau bayangkan. Aku tekad, benda ni kena selesai malam tu jugak. Maka tanpa ragu-ragu, aku terus call emak di Malaysia.

Thank you umi, sebab redakan kerisauan Nua. Aku call emak semata-mata nak cerita tentang hati yang tengah runsing, -.-" huhu.
.
.

Untuk awak, saya mintak maaf kalau keputusan saya pada malam tu menyakitkan hati awak. Betuuuul, malam tu saya fikir banyak kali nak hantar atau tak artikel tu pada awak. Sebab apa? Sebab saya takut untuk sakitkan hati awak yang tak pernah buat salah pada saya.

Nak cakap depan-depan, memang lemah lah segala lutut sendi saya ni.

Jadi saya hantarkan artikel tu untuk awak baca, supaya awak faham. Saya buat keputusan ni bukan sebab saya benci awak, atau apa-apa lah dengan niat yang tak baik tapi... saya rasa ini yang saya patut buat. Ini jalan yang saya patut pilih sebagai hamba-Nya.

Memang perit sebab kita kenal bukan sehari seminggu dua. Hubungan kita pun bukan atas dasar niat nak main-main hari ni together esok dah clash. Tapi awak... hubungan ni salah. Sebanyak mana pun sayang saya untuk awak, hukum Allah tu tak ada yang dapat sangkal.

Bukan sikit air mata saya yang jatuh untuk awak pada malam tu. Dan itu salah. Merindui dan teringatkan lelaki yang bukan muhrim adalah satu penzinaan hati bagi seorang perempuan...

Saya sendiri tak nak awak; orang yang saya sayang, terus dalam dosa yang sama sebab tu saya buat keputusan ni.

Saya harap awak faham... I really do hope so. Ahh, bukan sikit kekuatan yang saya perlukan untuk akhirnya luahkan semua ni pada awak. Saat saya tulis baris demi baris ni, jantung macam nak pecah. Sakit, tapi saya perlu atasi semua tu untuk jalan yang saya pilih ni.

Cinta, sayang dan rindu saya hanya untuk Allah Taala, insyaAllah.

Awak, terima kasih untuk segala-galanya selama ni, I appreciate all the things you've done for me but those things have to end. Do not wait for me, please? Biar Allah Taala yang tentukan kalau betul saya dijadikan dari tulang rusuk awak. :)

Semoga awak terus berada dalam keredhaan dan rahmat Allah, sahabatku. Saya akan selalu doakan untuk sahabat-sahabat saya, insyaAllah.

P/s: Aku teringiiiin sangat nak kongsikan ini dengan kalian. Harap kamu rasa apa yang saya rasa. :)

12 comments:

Emilia Emira said...

you really have a strong heart...be strong!!!chaiyok!!

manna_salwa said...

Assalamualaikum,
semoga sis akn selalu kuat ye..
:)
semoga Allah sentiasa memberkati..
insyaAllah..

arelynn said...

Nunu ...
I really proud of u ...
U made decision yang sangat payah n i knoe how it feel dalenk ...
And i believe one day , jika 'awak' itu jodoh Nunu , insya Allah .. Allah akan permudahkan jalannyer ... kerana Allah telah menentukannyer ...

Pintu taubat sentiasa terbuka ..
Insya Allah ...

* Akak muasabah diri juga* terima kasih atas peringatan ini ... ;p

arelynn said...

ehh Nunu ..
Baru perasan yang envolepe itu sgt cantek ... bole tak belikan akak satu ?

nhmnrh said...

emilia

thankyou, emiii. :)

manna_salwa

wsalam. insyaAllah, ni pun tengah cuba ni kak... hati ni susah sgt nak jaga dia, haih.

kak alin

awwww thankyouuuuuuuuuuu! :') em. biarlah Allah yang tentukan semuanya, malas nak fikir dah. nk tumpu study je skrg ni.

envelope? huhu, boleh2 tp kena tanya org yg bagi surat ni dia beli kat mana, hehehehe. nnti nua tanya dia eh?

syarifah radiah ibrahim said...

insyaAllah, ini yang terbaik buat nuha kan?
ada, jodoh tak ke mana.
:)

hafiza suraya said...

sy setuju dgn apa yg awk buat..wlupun cukup payah tapi ada kemanisannya...
thanx jgak entry awk ni buat sy "tersedar" dari mainan perasaan sy...
ok..chaiyok ye nuha! =)

manna_salwa said...

kita doa same2 ye dik..
insyaAllah..
manusiakan selalu kene diingati..
tQ nuha..
:)

syazana said...

wow...
kamu sangat kuat~~

Nurulhana2000 said...

I have always allowed you to make your own decision ever since you were in primary school dear. May the force be with you.. beristiqamah selalu... :)

hawa mahirah said...

have faith in yourself n be stronger each day, nuha! :DD

nak tau apa isi heheh :P

nhmnrh said...

kak radiah

insyaAllah, ini lah yang terbaik. :')
thankyou, sis.

hafiza suraya

rasa terharu pulak dgr awk boleh tergerak hati dengan entry saya ni. :))

thanks yach!

manna_salwa

betuuul. kalau ada apa2, kak salwa jgn segan2 tegur nuha tau. :)

syazana

kuat? aih, tak de lah. tak kuat mana. i'm trying hard to smile here.

:)

umi

yes, and i felt grateful fr that. :') insyaAllah akan terus istiqamah... huhu.

hawa

thankyou hawaaaaa!! posmen tak bertauliah yeeee. hehehe. nk tahu isi? prgi tnya tuan empunya surat dulu boleh ke tak. :p