Sunday, April 18, 2010

i don't have any vocab to explain.

P/s: Ini sesuatu untuk diri aku.

Kau tau, manusia ni dikurniakan dengan bermacam rasa. Marah, gembira, sedih, tersentuh, sayu, geram, benci, sayang, suka... dan entah apa lagi perasaan yang ada. Hmph. Salah satu perasaan yang ada kat atas tu, aku tengah rasa sekarang. Huii, payah lah aku nak control. Liar betul.

Okay mungkin aku patut 'scratch' kan ayat tu. Tak manis. -.-"

Sebelum semuanya meletup bak minyak masak panas terkena air, baik aku duduk dalam bilik diam-diam, buat kerja sendiri, buat hal sendiri
; macam nasihat umi. Tak kuasa aku nak melayan perasaan ni lagi.

Dear Feelings, I'm ignoring you.

Makin aku layan, makin sakit jiwa aku. Apa benda yang nak belajar pun macam tak masuk, habis aku terkulai kat katil kesayangan ni hah. Okaaay, aku terkulai sebab demam, T__T Alhamdulillah, sekarang dah okay. Tekak pun dah tak berapa panas, tak berapa payau.

Isnin dah boleh ke kuliah macam biasa. :) *Lega.
.
.

Nak cakap, aku terasa hati dengan dia. Sejak pertama kali aku kenal dia, dia tak pernah berhenti buat aku terasa. I hate the fact that I can't say anything to her directly and instead, I pour everything I felt towards her, here. *Sighs.

Tak pe lah. Bak kata Dr. Amir Monir Ali, "A good doctor must not show any reactions towards everything that happened around her. You can't cry when you see a husband loses her wife, or even when a child loses her parents."

Aiseh, macam mana ni? Tengok cerita Love Story In Harvard je dah basah pipi. Kena jentik sikit, kena pulau sikit, terasa hati sikit, mood dah terbengkalai, lepas tu air mata mengalir tak tentu pasal. How how? :(
.
.

Minat aku nak tulis novel/cerpen datang balik! Lagi satu masalah. Bila aku nak cari masa? Ada idea, tak ada masa. Berlambak masa, tak datang idea. -.-" Eiii, aku cubit-cubit jugak kang pipi sendiri. Final dah nak dekat lah sayang oii. Fokus, fokus! Don't be distracted!
.
.

Esok, (18hb April) abah, nenek, Tok Man dengan Aunty Ira nak pergi umrah. :( Tak tahu kenapa tapi nak rasa sedih. :( Mungkin sebab lepas ni tak ada siapa nak komen status aku kat facebook dengan kerap macam selalu. :( Hmm, mungkin. Nasib baik abah pergi 10 hari je.

Harap-harap kerja umrah abah, nenek, Tok Man dengan Aunty Ira dimudahkan oleh Allah Taala dan paling penting, selamat pergi, selamat balik. InsyaAllah, ameen. :)

4 comments:

cik hani zain said...

sma ngn hani~
sgt2 ska tlis cerpen =)

Nurulhana2000 said...

Doakan mereka selamat pergi dan kembali. Now, afnan yg kena manage airlines abah kat fb...hehe...

M. said...

chill starra.

kalau u nak spill. bagi tahu je tak puas hati tu elok2 k.
susah tau tahan2 pendam2. nnti takut tr-hipokrit.

btw, kita setuju, bila ada idea, masa takde nak tulis. bila ada masa pnjg, idea perah2 tak dpt plakkk.

keep on writing.

arelynn said...

hahaha ..
Nunu ... akak pun cam sedih pakcik akeem takde .. dier selalu yang perli akak .. rase cam tak best plak ...
takpe ... nanti dier balik main lagi ... ;p.. Insya Allah .. selamat pagi selamat pulang ... Semoga dilindungi Allah selalu .... Amin